Tuesday 31 December 2013

Mencari sponsor untuk segmen dan giveaway 2014

Assalamualaikum...

Rasa hati teringin nak buat segmen dan giveaway untuk tahun 2014 nanti. Dalam bulan januari gitu. Hmm... Ada ke yang nak join eh.. Actually, entri kali ini saya nak cari sesiapa yang sudi jadi sponsor untuk segmen saya tu... Jangan risau saya juga turut menyumbangkan hadiah dalam segmen tu nanti, tu pun kalau ada yang sudi join jadi sponsor lah ye. Saya plan untuk giveaway pertama ni, saya nak wat secara besar-besaran, kasi gempak gitu...

Okey untuk u all yang sudi jadi sponsor untuk segmen saya ni boleh tinggalkan link blog di entry ini dan bagitau juga apa hadiah yang nak disumbangkan. Sebagai penghargaan untuk sponsor-sponsor tu nanti saya akan tetapkan syarat untuk peserta follow blog u all dan saya akan masukkan blog u all dalam bloglist januari saya...

U all jangan lupa inform kat blogger2 lain ye... Mana tahu diorang nak join kan...

Salam ambang tahun baru 2014

Assalamualaikum...

Beberapa jam lagi kita bakal ke tahun baru 2014... Ada sesapa yang celebrate tak di ambang tahun 2014 tepat detik 12 malam nanti... Ehe mesti ada kan...

Untuk tahun 2014, apa azam u all... Mesti semua dah simpan azam masing2 kan. Apapun, diharapkan tahun baru 2014 yang bakal tiba ni lebih baik dari tahun ni. Semoga kita semua dilimpahkan rezeki yang halal, dikurniakan kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang berpanjangan, In Shaa Allah...

Monday 30 December 2013

Bayi tak pandai hisap puting susu ibu

Assalamualaikum...

Salam u all, sapa ada masalah bayi yang tak pandai hisap puting susu?
U all, memang ada bayi baru lahir pada mulanya memang tak pandai nak hisap puting, tetapi ada juga yang terus pandai. So, kalau bayi u all tu tak pandai menghisap puting, u all kena ajar seawal sejam selepas kelahiran. Ini penting tau u all, lekapan mulut bayi yang betul pada puting kita menentukan berapa banyak susu yang akan bayi perolehi semasa menyusu dan juga penting untuk pengaliran dan pertambahan susu ibu. Jadi, kalau berat badan bayi tak bertambah atau malah berkurang kemungkinan kerana lekapan mulut bayi yang tidak betul. Lekapan yang betul adalah, mulut bayi menutupi keseluruhan areola. Lihat gambar.




Macam saya pula, anak pertama saya, along, pada awalnya tak pandai sangat nak hisap, tak tahu lah memang along yang tak reti ke atau saya yang tak reti, maklumlah masa tu first baby kan, tapi lama kelamaan tak sampai sehari dah pandai hisap puting dah.

Masa Syakir pula, sejurus selepas lahir terus nurse letak atas dada saya, nurse acah-acah puting kat mulut. Lepas tu terus-terus pandai hisap puting. Tak yah ajar lg dah. Ohya, masa along tu pula, saya tak ingat kalau nurse ada letak kat dada saya sejurus lahir sebab sejurus melahirkan, terus saya tak ingat apa2 da, saya terlelap sebentar.

Dan yang latest ni, baby Ainnur, mak aihh... Betul2 tak pandai menghisap puting susu. Memanjang hisap bahagian puting tu saja. Sepatutnya mulut buka besar dan keseluruhan areola tu masuk mulut kan, tapi Ainnur ni jenuh saya nak mengajar tak juga pandai2.. Mulut dia masuk takat puting tu ja. Tu la kesannya, berat badan tak cun. Pas tu, breast saya pun tak berapa menghasilkan air susu. Kadang-kadang, air susu stuck tak mo kuar. Masa Ainnur 7 bulan ke bawah tak de lah puting saya ni sakit dia hisap sebab masa tu dia hisap tak kuat sangat, tapi sekarang ni maunya melecet, nasib belum lagi. Hari ini saya start ajar Ainnur balik cara hisap puting susu yang betul. Bila dia salah hisap je saya terus tarik breast saya, dan cakap kat baby Ainnur, bukan macam tu lah b. Ainnur pandang saya.hehe comel je... Sekarang dah ada peningkatan dah, Ainnur hampir pandai menghisap puting susu saya ni hehehe...

Untuk u all yang ada bayi yang tak pandai menhisap puting susu badan u all tu, jangan putus asa ye... Ajar perlahan-lahan, In Shaa Allah, lama kelamaan baby akan beransur pandai. Jangan jadi macam saya baby 7 bulan lebih baru nak terhegeh-hegeh nak mengajar.

Friday 27 December 2013

Cara mencuci kemaluan dengan betul

Assalamualaikum...

Salam jumaat...

Adakah selama ini kita telah mencuci alat sulit kita dengan cara yang betul??? Di sini saya kongsikan cara yang betul yang saya c&p dari fb.

*Cara mencuci kemaluan
dengan betul*
Sememangnya, kita mencuci
dengan bersih tapi bersih
bukan bermakna cara kita tu
betul. Penting untuk kita
pastikan diri kita bersih
terutamanya di bahagian sulit.
Selain untuk menjaga
kesihatan ia juga penting untuk
memastikan amal ibadat kita
seharian di terima.
Kenapa penting untuk kita
bersihkan kemaluan kita
dengan betul?
Ramai orang merasakan diri
mereka cukup bagus dengan
banyak amal ibadah,
bersedekah dan lain lain tetapi
masih tidak terlepas dari azab
api neraka.
Saidina Abu Bakar pernah
hendak menyembahyangka n
mayat seorang lelaki tetapi
tiba-tiba tersentak dengan
suatu benda bergerak-gerak
dari dalam kain kafan lelaki
itu. Lalu disuruhnya orang
membukakannya. Alangkah
terkejutnya apabila seekor ular
sedang melilit kepala
kemaluan mayat lelaki itu.
Saidina Abu Bakar mencabut
pedang lalu menghampiri ular
tadi untuk membunuhnya.
Tetapi ular itu tiba tiba
berkata-kata, Katanya”
Apakah salah ku kerana aku
diutus oleh Allah untuk
menjalankan tugas yang
diperintahkan” Diselidiki
amalan lelaki itu semasa
hayatnya, jelas dia merupakan
orang yang mengambil ringan
dalam hal menyucikan
kemaluannya setelah selesai
membuang air kecil.
Jadi macam mana kita nak
bersihkan diri dengan cara
yang betul?
Lelaki dan wanita berbeza
caranya. Bukan basuh sekadar
dengan air dan asalkan bersih
je. Ada caranya….
kaum lelaki:
Selepas membuang air kecil,
disunatkan berdehem dua atau
tiga kali supaya air kencing
betul betul sudah habis keluar.
Lepas itu urutlah kemaluan
dari pangkal ke hujung
beberapa kali sehingga tiada
lagi air kencing yang berada
dalam saluran. Kemudian
basuhlah dengan air
sebersihnya.
kaum wanita pula:
Apabila membasuh
kemaluannya, pastikan
dicucikan bahagian dalam
dengan menjolok sedikit
dengan jari dan dipusing-
pusing kan semasa dilalukan
air bersih. Bukan dengan
hanya menyimbahkan air
semata-mata. Jika dengan
melalukan air sahaja ia tidak
membersihkan bahagian dalam
kemaluan wanita yang
berbibir-bibir itu.
Betul atau tidak cara kita
selama ini ? Kalau yang tak
betul tu jom sama sama
betulkan supaya diri kita
bersih dengan cara yang betul.
Dijanjikan neraka utk mereka
yg tidak menyucikan diri
dengan sempurna baik hadas
kecil/hadas besar.
Rasulullah bersabda :
"Barang siapa yang
menyampaikan 1 (satu) ilmu
saja dan ada orang yang
mengamalkan, maka walaupun
yang
menyampaikan sudah tiada
(meninggal dunia), dia akan
tetap memperoleh
pahala..moga kita semua
memperolehnya. Aamiin.... Ya Rabb
Jangan LUPA SHARE yerr..
Ilmu yang bermanfaat perlu
kita amalkan.
Sekadar berkongsi maklumat.  

Friday 13 December 2013

Eh takkan dah kurus

Assalamualaikum...

Dua tiga menjak ni macam rasa badan ringan sikit, huhu prasan le tu dah kurus... Haha, tak de makne nye prasan2 ni, tak diet pun, takkan boleh kurus kan... Maybe pasal saya fully breastfeeding mom kot... Yela, sekali pakai seluar yang sendat tu, heyy apasal tak sendat dah ni? Bra pun dah longgar sikit... Haha, tak tahulah kalau seluar dan bra tu yang dah mengembang kan... Haha, kesian diriku, rupanya bukan pasal dah kurus, upe-upenya pasal clothing yang dah mengembang.huahaha...

P/s : takkan dah kurus kalau hari-hari makan kek, kek dan kek dan ayam goreng, ayam goreng dan ayam goreng...
           kesian delo!!!

Thursday 12 December 2013

Candy Crush Saga level 417

Assalamualaikum...

Hmmm ada lagi tak yang still layan game candy crush saga ni? Actually, sejak mula berblogging hari tu dah jarang layan candy crush ni, baru-baru ni ja mula layan balik. Game ni betul-betul wat saya geram + tension, mana tak nya dah hampir seminggu saya stuck kat level 417. Oh... Ada sesiapa leh bagi tips tak. Dah lenguh belakang den dek pekena candy crush saga level 417 ni. Badan pun dah sengal-sengal. Muahaha...




Okey, kalau u all lihat gambar kat atas ni, level 417 ni memerlukan kita turunkan 3 biji buah tu... 3 biji buah je tapi susahnya mengalahkan ratusan biji buah... Huahaha...
U all nampak tak benda dekat kotak yang macam merekah tu? Dia berpusar je keje dia tu, Itu saya panggil jahat tapi baik sebabnya, penat-penat saya wat gula-gula yang berbalut tu, kononnya nak slide dengan gula-gula berbelang tu, tapi bila benda berpusar tu pegi kat gula-gula tu auto dia meletup. Huu tension tul... Tapi yang baiknya, kalau dia pegi kat bata-bata yang belah kanan tu, auto juga bata tu merekah sikit2. Kalau yg layan candy crush ni fahamlah maksud saya tu. Hihi
Bata yang sebelah kanan tu pun bukan main degil g tau u all, berkali den nak pecahkan tak habis-habis, menghabiskan move den ajo...

Monday 9 December 2013

Dapat CPC dari Nuffnang

Assalamualaikum...

Okey, pada ketika dan saat ini, seandainya u all tahu, berbunga-bunga hati den tau...ahh... Nak tau kenapa??? Hari ini, sekali saya login nuffnang tengok earning ada rm0.25.
Rupanya dapat dari cost per click (CPC) nuffnang. Hmmm sapa lah yang berbaik hati sudi klik iklan nuffnang saya tu. Thanks banyak-banyak eh... U all yang sudi menderma kat saya, klik je tabung nuffnang saya tu eh... Hehe, nanti saya BW blog u all. Amboi, ada udang di sebalik mee nampak...

Kalau dikira-kira, saya baru je dalam berblogging, baru dua bulan. Itulah yang dinamakan rezeki, kan u all... Hmm ni tak sabar nak tunjuk kat hubby ni. Happy sangat dapat CPC dari nuffnang. Harap-harap bertambah lah duit nuffnang tu ye... Hihi, terima kasih ye nuffnang... Tapi wahai nuffnang, boleh tak bagi CPUV pula... Haha, tamak haloba pulak dah... Tak adalah, tengah excited giler ni... Ye la, saya merapu-rapu dalam blog pun boleh dapat duit... Heyyy, ini yang menaikkan semangat den nak update blog ni...





Oya... U all tahu cpc apa yang nuffnang bagi kat saya, LIBRESSE. Macam tau2 ja nuffnang den 'bendera merah' hari ini. First day lak tu... Haha.

Saturday 7 December 2013

Bubur jagung manis sago mata ikan yang sangat sedap dan mudah

Assalamualaikum...

Haha, tu dia tajuk kemain lagi panjang. Ya, bubur jagung manis sago mata ikan ni u all memang bagi saya sangat sedap. Pertama, sebab dia lemak-lemak manis gitu. Saya kan suka yang manis-manis...heee, so sangat sesuai lah untuk saya.

Yang kedua, bubur jagung manis ni mudah bebenor nak membuatnya, semudah ABC je. Jangan tak percaya... Mudah dan cepat siap.

Sebenarnya, bubur jagung manis sago mata ikan ni My mil yang wat hari tu u all, saya tengok je. Haha, lepas tu minta resipi. Okey, tanpa berlengah lagi jom salin resipi. Aik? Apalagi u all pun salinlah resipi ye.. Tak rugi u all mencubanya...



Bahan2 :
1. Jagung manis
2. Sago mata ikan
3. Gula,garam secukup rasa
4. Santan
5. Daun pandan
6. Air

Cara masak :

Didihkan jagung manis dengan air, agak-agak jagung masak, masukkan sago mata ikan. Bila sago mata ikan dah kembang, bolehlah dimasukkan santan, garam gula secukupnya dan daun pandan. Didihkan lagi sebentar. Dah siap.

Sesuai dimakan panas dan juga sejuk.

Selamat mencuba!!!

Friday 29 November 2013

GA November 2013 Nurul Yui - Pantun & Menang

Assalamualaikum...

Salam Jumaat penghulu segala hari...
berhari-hari blog tak berupdate bukan apa cuma keadaan yang tidak mengizinkan. Ainnur demam sejak tiga hari lepas sampai hari ini on/off dan saya pula hari ini tiba-tiba sakit tekak yang perih dan demam. Syukurlah suhu tak tinggi, masih boleh bertahan.

Dalam pada itu, saya gagahkan juga nak join giveaway by Nurul Yui, sekadar nak bagi sokongan untuk adik kita ni. Kalah menang lain cerita, tapi kalau dah menang, itulah namanya rezeki.


Okey, giveaway ini memerlukan saya untuk menjadi seorang yang kreatif
dalam mencipta pantun dan inilah hasilnya...

WAJAH PAKWE SERING TERBAYANG,
JANTUNG HATI BERDEGUP GEGAR,
BILA HATI DAH BERKASIH SAYANG,
KENTUT ALA-ALA BOM PUN KOMPOM TAK DENGAR.

Semoga terhibur ye!!!
oh ye, kalau yang reader ni lelaki, pandai-pandai lah tukar perkataan 'pakwe' kat pantun tu jadi 'makwe' ye...

Kalau u all nak join jugak, klik banner kat atas tu ye.

Tuesday 26 November 2013

Ainnur jatuh dari katil

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat tiba d kampung halaman hubby iaitu di Ampang, Selangor pada kelmarin 25 november 2013. In Shaa Allah, kami akan bercuti sebulan di sini. Jadi, ini bermakna mulai dari entri ini, blog ini akan diupdate dari sini. Okey, berbalik pada tajuk di atas, Ainnur jatuh dari katil, ya, my 6 months baby jatuh dari katil malam tadi. Maafkan mama sayang. Mama benar-benar tak sengaja.

Masa baby Ainnur jatuh tu saya baru pas mandi dan nak solat lah kan, masa nak pakai baju tu saya berdiri depan cermin sambil tengok Ainnur melalui cermin, ntah macam mana sepantas kilat Ainnur meniarap pula,jauh lagi dari sisi katil tu tapi masa saya nampak Ainnur meniarap dari cermin tu, terus saya pusing badan nak tahan Ainnur dari jatuh katil tapi tak sempat. Ya Allah, ampuni hambamu ini kerana cuai menjaga amanahMu. Semua berlaku sekelip mata. Saya nampak Ainnur jatuh dengan kepala dahulu dan jatuh dalam keadaan tertiarap tetapi dengan badan yang membongkok sedikit. Saya tak ambil dia terus pertama saya betul-betul shock kedua sebab saya pernah baca info tentang anak jatuh ni, tak boleh terus angkat sebab takut nanti ada kecederaan dekat tengkuk dan sekitar leher. Kena gerakkan dia perlahan-lahan. Tapi biasalah manusia kan akan panik jika berhadapan dengan keadaan macam tu, termasuklah saya. Saya dah tak dengar apa-apa masa tu, baby Ainnur nangis ke tak saya tak pasti masa jatuh tu, yang pastinya masa saya angkat Ainnur, saya dengar dia menangis kuat dan kesakitan. Masa tu terus saya menjerit panggil hubby. Hubby masa tu kat bawah. Hubby datang, terus saya bagi dia pegang Ainnur. Ainnur pun nangis kejap je, lepas tu senyap.

Lepas tu saya susukan Ainnur, masa susukan tu saya cek la kalau ada yang lebam ke atau benjol ke dan dengan izin Allah tak ada lebam atau benjol. Tapi saya still risau sebab takut-takut ada kecederaan dalaman. Saya try ajak Ainnur main-main, Ainnur pun gelak juga macam biasa. Tapi saya tetap risau juga.

Dan hari ini, baby Ainnur demam. Saya risau sangat sebab takut dia demam dari kesan jatuh dari katil tu.

P/s: ketika entri ini ditaip, baby Ainnur sedang tido dan tengah tunggu hubby sampai sebab nak bawa baby pegi hospital.

Sunday 24 November 2013

Ketakutan yang melampau

Assalamualaikum...

Selamat malam...

u all ada tak petua nak hilangkan rasa takut yang melampau ye??? Bukan apa, saya ni memang sejak kecik lagi memang seorang yang sangat-sangat penakut, sampai satu tahap tu saya tak boleh nak kawal perasaan takut tu. Ketakutan yang melampau ni memang menganggu rutin saya.

Okey, lupa nak bagitahu, ketakutan yang saya maksudkan ni takut kepada benda-benda halus contohnya, hantu. Pendek kata saya takut hantu. Tapi bukan selalu ketakutan tu datang tau u all. Ada sebab dia datang. Salah satu bila saya lepas menonton cerita seram. Hmmm dah tau takut tapi saya ni tetap addict kepada cerita seram tau.

Dan sekarang ni perasaan takut hantu tu datang lagi. Boleh histeria saya u all. Hmm tak kuat semangat betul saya ni. Macam mana ye cara supaya kuat semangat??? Entah apa lah nasib saya kat kl nt. Duk umah bertingkat. Ehe takut tau. Ni pasal kes misteri villa nabila lah ni. Huhu

Kalau u all tau kan, sekarang ni mandi pun saya minta along temankan. Pergi toilet pun along jadi peneman setia. Dah hampir seminggu macam ni. Kadang-kadang dua-dua sekali along dan Syakir saya minta teman pegi bilik air. Huhu apa punya mak la saya ni penakut bebenor... Wakakaaka...

Esok dah nak terbang kl. Macam mana lah kat sana nanti. U all tau first time saya datang kl, saya histeria tau... Masa tu belum kawin lagi, hubby baru nak kenalkan saya kat mak dia. Masa tu tahun 2006 hujung tahun. Boleh tengah-tengah malam tu saya tiba-tiba histeria...

Kalau nak cerita, banyak sangat kisah seram yang terjadi pada saya ni. Tapi next entri la ye... Kalau u all ada petua, sudilah share dengan saya macam mana nak hilangkan ketakutan yang melampau ni ye. Saya tak tahan dah..

Anak alahan nestum

Assalamualaikum...

Salam ahad...
Baru-baru ni saya dan family bercuti sehari semalam kat kudat, so saya terpaksalah belikan Ainnur nestum yang kat dalam tin tu sebab tak dapat nak masak kan. First makan tu, timbul bintik-bintik merah kat area mulut Ainnur. Saya ni apalagi, risau yang teramat lah. Saya ingatkan anak dara saya tu alahan nestum.

Lepas tu, kali kedua saya bagi, lepas makan je saya cepat-cepat basuh mulut Ainnur, risau nanti bintik merah tu timbul lagi. Alhamdulillah... Nasib baik bintik merah tu dah tak timbul.

Kalau boleh saya memang nak bagi Ainnur makanan yang saya masak sendiri tapi kalau terpaksa stay kat luar, terpaksalah juga bagi makanan segera ni kan. Tu pun kan saya teragak-agak juga nak bagi, sampai saya meluah perasaan kat hubby. Hehe, nasib hubby pandai tenangkan saya. Dia cakap boleh je makan nestum yang penting cara penyediaan yang betul dan bersih.

Dan sekarang ni, bintik merah tu tak timbul lagi dah. Berak kencing Ainnur pun okey je. Oh ya, Saya kalau ada masalah kan, mesti akan terus tanya kat kawan saya. Kawan saya ni doktor tau, doktor kat klinik ibu anak kat kota marudu ni. Tempat saya berklinik rutin. Kawan saya ni memang sporting giler tau, kadang-kadang saya hantar mesej jam 1 pagi pun ada balasan gak.

Kalau u all ada anak yang kecik macam baby Ainnur ni, mesti u all tau perasaan sorang ibu macamana. Asyik risau saja akan keadaan anak-anak. Syukurlah setakat ni Ainnur makan elok je walaupun makan sikit sangat dan setakat ni Ainnur masih tak ada alahan terhadap apa-apa makanan lagi. Seafood tu tak tahu lagi sebab belum start makan lagi. Umur baby Ainnur setahun baru saya akan perkenalkan.

Friday 22 November 2013

Bisnes Tunetalk Tone Excel

Assalamualaikum...

Salam Jumaat. Dah pernah dengar tentang biz ni tak, bisnes tunetalk tone excel??

Okey, tanpa buang masa lagi scroll ke bawah tuk lebih info.

Untuk hari ini, biarlah gambar berbicara dahulu, jika anda berminat dan ingin tahu lebih lanjut lebih details, boleh terus emel saya di nurlayanie@gmail.com atau pm saya di facebook Nurul Elainie Lantubon Abdullah.












Jangan bertangguh lagi, mulakan semua hari ini.

Sunday 17 November 2013

Bayi tidak mahu menyusu badan

Assalamualaikum...


Apa khabar sahabat blogger semua dan pembaca blog ini?
Diharap u all semua baik-baik sahaja, sihat alhamdulillah hendaknya.
Baru-baru ini, ada seorang kawan yang mengadu kat saya pasal anak dia ni tidak mahu menyusu badan.
Masih bayi lagi baru berusia 2 bulan.
dia cakap dia hampir terbagi anak nya susu formula. Tapi masa dia mesej saya tu dia belum bagi lagi lah. Nasib baik lagilah kan, selepas saya terangkan kat dia terus dia tak jadi bagi.yela, bila bayi tidak mahu menyusu badan, dah tentu-tentu susu formula pun dia tak nak kan, melainkan air susu si ibu tiada. Bukannya saya memandai nak bagi nasihat, saya juga bukannya expert sangat dalam hal ni, cuma apa yang saya tahu itulah yang saya kongsikan.

oya, sebelum tu saya nak bagitau u all saya adalah penyokong tegar penyusuan susu badan sepenuhnya tau. Along dan Syakir dua-dua cuma minum susu badan saja sampai 2 tahun. Pembetulan, syakir pula sampai 3 tahun dan sekarang pun saya curi-curi bagi susu badan lepas Ainnur habis menyusu, bukan pa, sebabnya ayah dia tu da suruh stopkan sebab takut baby tak cukup.

Berbalik pada kisah kawan saya ni,
bila dia minta pendapat saya, sudah pastilah saya tak bersetuju bila dia nak bagi susu formula kan, bukan pa, kesian baby nanti, kan makanan terbaik untuk bayi 6 bulan ke bawah hanyalah susu ibu semata-mata. Tak pe jugak kan kalau si ibu ada masalah penyusuan. U all tau tak ada seorang ibu ni saya jumpa di klinik, dia cakap doktor bagitahu bayi baru lahirnya
alah terhadap susu ibu, kesannya semakin dia susukan bayi dia dengan susu badan, kuning anaknya tak turun-turun malah menaik. Saya tanyalah kat dia samada doktor suruh stop ke tak susu badan, doktor cakap teruskan sahaja susu badan sebab itulah makanan terbaik untuk bayi.
nampak tak betapa susu ibu tiada gantinya.

Okey, untuk ibu-ibu yang ada masalah bayi yang tidak mahu menyusu badan,
Sebaiknya cari dulu punca kenapa bayi tak mahu menyusu, seelok-eloknya tanya orang yang lebih tahu samaada doktor ke nurse ke.
Di sini saya berikan beberapa punca kenapa bayi tidak mahu menyusu badan :


  1. Mulut bayi tidak melekap dengan betul pada puting susu ibu
  2. bayi sakit mulut disebabkan pertumbuhan gigi
  3. Bayi mengalami jangkitan telinga yang menyebabkan tekanan dan sakit semasa menghisap susu
  4. rasa susu berubah
  5. takut akan reaksi ibu apabila puting digigit
  6. perpisahan yang lama antara ibu dan anak
  7. Kekerapan menggunakan botol atau puting tiruan
  8. bekalan susu yang kurang
  9. selesema yang menyebabkan hidung bayi tersumbat dan ini menyebabkan bayi sukar bernafas ketika menghisap susu 
  10. bayi dibiarkan menangis terlalu lama
       Sumber : www.babycenter.com dan
bidanbersalin.blogspot.com  


Sunday 10 November 2013

1k Giveaway By Cik Arnab

Assalamualaikum...



Wow... Wow... Wow...
Setakat ni, inilah giveaway
yang paling banyak hadiah yang saya join. So, rasanya saya ada peluang memenangi salah satu di antara banyak- banyak hadiah tu...*berangan*
hehe.

Okey kalau u all nak join jugak, klik je banner kat atas tu ye, tq.

Makanan pejal pertama Baby Ainnur

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ini genaplah sudah 
puteriku Ainnur Diyyana 6 bulan.
Dengan itu, secara rasminya Baby Ainnur dah boleh makan. Okey, makanan pejal pertama yang saya pilih untuk Ainnur adalah puri buah epal merah. Saya prefer nak sediakan sendiri makanan tuk Ainnur. Memang itu yang terbaik berbanding beri makanan segera yang ada di pasaran yang mengandungi bahan pengawet. Kalau travel tak pe la kan, tapi kalau boleh dan selagi boleh, saya akan masak sendiri makanan untuk Baby Ainnur. Oya, Cara buat puri epal merah ni nanti saya tulis di entri lain ye.


Inilah puri buah epal merah tu.


Ini pula masa first suapan tuk Ainnur. Muka kelat semacam je. Rasanya kalau Ainnur ni dah pandai cakap, mesti dia tanya apa benda mama bagi ni, hihi


Haa... Kali pertama suap bukan main lagi wat muka kelat, suap kali kedua terus dia excited nak lagi, siap nak ambik pinggan tu dari tangan saya, haha


Yang ni pula ada hati nak makan sendiri, dah lah kecik lagi, baby nak berdikari eh...
oya masa ni Ainnur pegang sudu tu kuat-kuat,dia tak nak lepas, dia nak hisap-hisap sudu tu...


Hari pertama Ainnur makan, saya bagi 1oz saja puri epal merah tu. Memula tu nak bagi sekali sehari saja dulu sebab masa ni baru nak perkenalkan Ainnur makanan pejal tapi pada malamnya tu, rasa kesian pulak terus bagi lagi 1oz. Untuk bayi yang baru mula makan biasanya boleh habis makanan sampai 1oz hingga ke 2oz. Saya bagi sikit saja dulu sebab takut perut baby terkejut pulak nanti kan. Yela, selama ni dok minum susu saja, tetiba dah boleh makan pula.



Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com

Assalamualaikum...

Entri ini khusus untuk Segmen Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com.

Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com

Pastinya ramai yang sedia maklum satu laman web iaitu AshleyMadison.com yang menjurus kepada aktiviti penzinaan bakal dilancarkan pada 17 november 2013.

Bagi saya, laman yang menggalakkan budaya hidup berzina tidak sepatutnya berada di rantau ini kerana ia akan merosakkan nilai-nilai murni yang mempercayai sebuah ikatan perkahwinan yang sah dan hubungan kekeluargaan itu sangat penting.

Kita tahu tiada satupun kebaikan yang kita perolehi dengan mengamalkan atau membiarkan amalan zina berleluasa. Malah ia boleh mendatangkan keburukan dan kemusnahan yang amat teruk kerana ia menyumbang kepada keruntuhan akhlak dan keruntuhan institusi kekeluargaan. Ini belum kesan terhadap kesihatan, di mana amalan zina yang seterusnya menyumbang kepada gejala seks rambang akan menyebabkan penyakit seperti Aids dan bermacam jenis jangkitan lagi akan terus meningkat.

Dengan ini, sebagai seorang blogger yang prihatin, saya membantah sekeras-kerasnya pelancaran laman web AshleyMadison.com ini. Meskipun saya tahu saya tidak mampu menghalang kerakusan mereka yang bertanggungjawab untuk mempromosikan budaya yang tidak sihat ini, tapi saya percaya pihak berwajib khususnya SKMM (Suruhanjaya Komunikasinya dan Multimedia Malaysia) mampu menyekat laman web itu daripada diakses secara online di Malaysia.

Kepada sesiapa lagi blogger yang mahu turut serta dalam Segmen Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com ini, bolehlah klik banner di atas.

Saturday 9 November 2013

SEGMEN #Listing Your URL Blog

Assalamualaikum...

Nasib baik sempat join segmen ni, hihi
okey, kalau u all nak join jugak klik banner ye... Tq
Oya kena cepat2 join tau sebelum segmen tamat...


Klik banner utk join ye!!!

Wednesday 6 November 2013

Tudung bawal yang cantik

Assalamualaikum...

Rasanya tak terlambat lagi saya nak ucapkan
Salam Maal Hijrah untuk semua dan juga selamat menduduki peperiksaan SPM
buat semua calon SPM tahun ini.

Okey kembali pada topik asal entri ni, baru-baru ni saya 'ter'beli sehelai tudung bawal yang sangat cantik, ada hiasan manik dan ada dua tone warna, pink hitam. Lihat gambar.




Mesti cantik sekejap pakai tudung tu kan, hihi
ni pasal terbaca entri kak ina lah ni pasal tudung awning tu 
buatkan wajah kita nampak lebih tua atau dalam bahasa sopan sikit 
tudung awning tu menampakkan wajah kita lebih matang.
actually terpulang lah nak pakai tudung apa kan janji menutup aurat.
Tapi untuk saya sendiri,
saya rasa lebih cantik pakai tudung bawal ni.
Tudung awning tu pakai jugaklah kalau nak cepat ke,
ye la hubby tu kadang-kadang reti jugak nak berleter kalau saya lambat bersiap bila nak keluar.











Ehe... U all pun cubalah, mesti cantik...

Oya... Kalau u all nak tengok gambar saya dalam versi pakai tudung berawning, klik SINI ye...


Monday 4 November 2013

Saya dah ada button follower

Assalamualaikum...

hee kelakar juga tajuk... Kalau tuk blogger yang dah mahir dan otai berblogging tu mesti gelak kan... Ehe,by the way, saya baru je ada button follower ni. Tu pun adik saya yang edit. Huhu actually saya tak tahu pun adik saya ni pun blogger jugak.
Tempoh hari balik kampung baru tahu. Rupanya dia lebih dulu ada blog daripada saya. Hee nampak sangat saya ni tak bape update hal-hal berkaitan alam maya ni kan.
okey kalau u all nak berkenalan dengan adik saya boleh follow dia kat sini ye.
Actually adik saya ni baru 18tahun, tahun depan 19 tahun. Still blaja lagi di form 6. Tahun depan ambik Stpm.

Oya, kalau u all sudi mai la follow blog saya ye... N i will follow u all back n blogwalking ke belog2 u all...

Saturday 2 November 2013

November Giveaway By Cik Yaya

Assalamualaikum...

Dan, sekali lagi... Join Giveaway


Nak Join? Meh Klik Banner.

Friday 1 November 2013

Menang Segmen Pencarian Bloglist November By Kinah

Assalamualaikum...

Salam Jumaat u all... Saja nak kongsikan berita gembira ni. Actually baru2 ni saya ada join segmen pencarian bloglist yang dianjurkan oleh Kinah.
Dan... Keputusannya, saya MENANG!!!
hee by the way, thanks Kinah.
Jadi, start esok till last november 2013, blog saya ni akan tersenarai dalam bloglist Kinah bersama-sama 19 orang lagi pemenang yang lain.
oya...,pemilihan pemenang ni ditentukan oleh random.org.
so, big thanks to mr random.org
jugak...

Cerita Di sebalik Lempeng

Assalamualaikum...


Haaa sapa suka makan lempeng sini???
hee nak cerita kisah lucu di sebalik lempeng ni.ehe...
dulu-dulu masa memula kawin dengan hubby ni saya tak tahu pun benda lempeng ni apa. Tak pernah makan pun. Kalau kat sabah, lempeng tu kami wat daripada sagu. Tapi tak yah bubuh minyak. Lempeng ni pulak bubuh minyak masak sikit.
Yang lucunya, first saya dengar nama lempeng ni masa biras saya yang cakap iaitu merangkap suami kepada satu-satunya akak ipar saya a.k.a kakak hubby. Biras saya tu cakap kat akak ipar saya dia terasa nak makan lempeng dan usha la kat akak ipar suh masak kan. Dalam fikiran saya masa tu, eh mende lak dia ni nak lempeng pula. Dah lah susah nak buat tu. U all tau mati2 dalam fikiran saya ni lempeng tu macam lemang juga, kan lemang tu nak masak bukan main susah lagi, leceh amat nak bakar2 lagi. Tu sebab ingat susah sangat nak wat, nama pun lebih kurang kan. Saya terus gelak lah ye la nak geng kan akak ipar kan dia tak nak masak.
Last2 kan u all akak ipar masak lah juga bila sampai kat umah, yang biras saya cakap tu masa kat umah my mil.
Saya pun tengoklah akak ipar nak masak macamana kan yela, mana pula tempat nak bakar segala ni, itu yang saya dok fikir.
Sekali rupanya, tak de lah susah sangat pun, bancuh2 tepung je, panaskan minyak sikit dalam kuali, dah siap. Sedap dimakan cecah kuah masak lemak or kuah kari daging. Ngeee lucu tak???

Thursday 31 October 2013

Mimpi atau Realiti

Assalamualaikum...

Mimpi atau realiti... Saat paling tak terlupakan dalam hidup, berkali-kali aku berfikir, apa semua ini? Kenapa terjadi di dalam hidupku?? bukankah lebih baik jika ini cuma sekadar mimpi. Tapi sayang, ini realiti. Oh tidak mungkin... Akhirnya aku tidur lagi dan terjaga, kucubit peha kiri, sakit. Kanan, sakit. Oh Tuhan, ini memang kenyataan... Namun diri tak bisa terima, lantas kupujuk mata untuk tidur lagi. Berharap agar semua ini hanya mimpi. Terjaga semula... Sekuat tenaga kucubit pipi kiri, kucubit pipi kanan, sakit yang amat. Sungguh ternyata inilah realiti... Bukan mimpi...


Pernah tak u all alami seperti itu? Terkadang, ada orang yang inginkan suatu mimpi ada juga yang menolak mimpi itu. Tergantung apakah mimpi itu... 

Renung-Renungkan, fikir-fikirkan dan selamat beramal...

Wednesday 30 October 2013

Gambar Ashraf Muslim dan Wan Sakinah di Majlis Resepsi mereka

Assalamualaikum...

WORDLESS WEDNESDAY # 1





Sumber: Beautifulnara.com

Tuesday 29 October 2013

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST NOVEMBER BY KINAH

Assalamualaikum...

Saya join GA lagi dan lagi... Hihi, join yang simple mimple je u all...


Klik banner untuk join ye...!!!

Monday 28 October 2013

Mini Giveaway By Nabila Medan


Assalamualaikum...

Saya join GA by Nabila Medan. Hadiahnya sangat2lah menggugat jiwa dan raga ku. Mary Kay nya produk tau u all!!! Kepada Nabila Medan, jadikanlah saya orang yang bertuah itu ye...


CLICK BANNER!!

Wednesday 23 October 2013

GA OKTOBER 2013 NURUL YUI


ASSALAMUALAIKUM...

Klik banner kat atas untuk join ye...

Actually, ini GA pertama yang yang saya join dan yang unik dan menariknya, ini adalah GA pertama tuan empunya GA.

Harap rezeki pertama saya berblogging di sini, hihi...

Istimewa Khas buat semua rakan blogger

Assalamualaikum...

Terima kasih tidak terhingga kepada rakan blogger yang sudi berkunjung ke blog saya ini.firstly,sory byk2 dengan reka bentuk blog yang belum complete ini,button follower pun blm ada sbb saya masih baru dalam dunia blogging ni,so saya tak tahu macamana nak letak kat blog,kalau u all ada akaun google+,boleh follow saya kat situ dulu.

Kalau u all sudi,sila tinggalkan komen u all di entri ini supaya nanti bila design blog saya dah betul or complete dengan gadget semua,saya boleh inform kepada u all semua untuk follow saya kat blog ni melalui blogger.com.

Harap u all semua sudi berkawan dengan saya okey...terima kasih u all,atas segala support u all...

Tuesday 22 October 2013

Kelebihan menjadi seorang surirumah

Assalamualaikum...

Saya akui,setiap golongan ada keistimewaan dan kelebihan sendiri. Tapi yang saya kesalkan ada juga golongan tertentu yang memandang rendah pada seseorang yang bergelar surirumah ini.

Kadang2 saya rasa terkilan juga dengan persepsi orang2 seperti ini,kadang2 saya rasa sangat rendah diri tapi saya abaikan semua itu sebab menjadi surirumah ada kelebihannya yang tersendiri.

Pada saya,biarlah apa orang lain nak kata,yang penting saya bahagia dan gembira dengan hidup saya.Tiada yang salah dengan menjadi surirumah sepenuh masa, malah saya bertuah sebab dapat menjaga anak-anak saya sendiri tanpa perlu dihantar pada pengasuh. Kalau dapat pengasuh yang baik tak pe juga tapi kalau dapat yang mendera,kan susah tu. Kesian anak-anak. saya bertuah sebab dapat melihat perkembangan anak-anak saya setiap hari di mana orang lain tidak berpeluang melihat anak-anaknya membesar di depan mata.susah senang anak-anak saya,saya sebagai ibu mereka yang uruskan sendiri.

Saya juga tak pernah terlepas saat2 terindah dan berharga bersama anak-anak. Dan pastinya anak-anak juga rasa gembira bila ibu mereka sentiasa ada di sisi mereka menjaga dan melindungi mereka.

Kalau u all nak tau, seronok tau jadi surirumah ni. Nak jalan2 bercuti bersama keluarga pun senang. Cuma perlu tunggu hubby cuti saja. Ada keluarga yang jarang menghabiskan masa bersama sebab masa bekerja dan cuti yang tak sama.

Apapun,sebenarnya itu depends pada diri masing2...

Along exam akhir tahun...

Assalamualaikum...

Hari ini,hari kedua anak saya along duduk exam akhir tahun. Actually,along baru 5 tahun, tapi saya hantar sekolah setahun awal. Hantar kat PASTI (PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM). Pagi2 lg  saya da bangun siap2 sbb nak prepare bekal tuk along n nak cek segala kelengkapan alat tulis along.
sebenarnya, biasanya along tak bawa pun bekal tiap hari kat sekolah, just makan makanan yang cikgu dia sdiakan je. tapi untuk hari ini, dia da siap request da sejak dua hari yang lalu nak bawa bekal pegi sekolah. mungkin dia nampak budak-budak lain pun bawa bekal Kot. dia siap tunjuk saya lagi dia nak kan nasi letak kicap dan atas nasi tu letak telur.hihi saya tanya lah nasi goreng campur kicap ke saya cakap, dia cakap bukanlah mama, nasi campur kicap lah, katanya.hihi gelak saya sebab sebenarnya dia memang maksudkan nasi goreng tapi dia tak reti nak cakap.
Along ni pelat sikit, bercakap tak lancar lagi. dulu sebelum start sekolah lagi teruk. since da start sekolah, baru lancar sikit tapi tu pun masih tergagap2 lagi kalau nak cakap ayat panjang sikit.
Malam tadi, berganti2 saya dan hubby teman dia mengulangkaji. nasib baik along ni jenis yang suka belajar tau.
Apapun, saya harap result along kali ini lebih baik dari yang dulu. saya siap da janjikan dia ganjaran lagi untuk menaikkan semangat dia, saya janji nak bagi dia rm10 untuk setiap paper yang dapat A. Along ni pun apalagi sungguh2 dia mengulangkaji. nak beli ps3 katanya. wakakaaka...


Sempat posing lagi,hihi padahal mama dia yang nak tangkap gambar.hihi,handsome tak saya,katanya...


Admin OH BLOGGER promote blog saya???

Assalamualaikum...





Tempoh hari, bila bukak blog OH BLOGGER saya nampak post ni oleh HasrulHassan. Maybe untuk u all yang da lama berblogging tu,perkara biasa saja blog u all dalam entri blogger lain.Tapi saya ni sakai sikit tau u all,al maklumlah blogger baru kan.hehe

Excited nampak muka sendiri kat blog orang lain padahal kalau nak diikutkan kan apalah sangat kan,apapun sebenarnya,secara tidak langsung admin OH BLOGGER tu da promote blog saya,hihi tq HH..





Hihi nampak tak yang nurullai Abdullah tu? itulah saya u all...

Ishh prasannya saya, komen je pun, bukannya blog saya yang ada kat entri tu pun. sebenarnya tu komen saya dekat entri dia masa berblogging hari tu. wakakaaka... saya je yang lebih2 sebenarnya... Hihi sebenarnya saya berangan blog saya ni dipromote...

Tuesday 15 October 2013

Nak update blog kenalah pandai urus masa

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua keluarga dan sahabat handai...

hmm lama benar tak update blog.Rupanya,bukan senang nak update blog tiap hari.kadang2 kita ada komitmen yang lain juga.macam saya yang surirumah ni,kadang kalau anak meragam xdapatlah nak update blog.

Mula-mula niat di hati memang nak update blog setiap hari tapi masa tu yang tak mengizinkan.Tak nak lah semata-mata kerana blog,keluarga terabai,anak tak terurus dan kerja-kerja rumah terbengkalai kan.

Blogging,blogging jugak tapi kenalah pandai urus masa.ni peringatan untuk diri saya dan juga untuk u all semua.Lagi satu,nak update blog kenalah masa mood baik kan.kalau mood tak bape bagus,ntah apa2 kita merapu kang kat blog.

Okey,tu je...eh!macam tak ade idea je???

Thursday 10 October 2013

Tips Mata Tak pedih Masa Potong Bawang

Assalamualaikum...

Hari ini saya nak berkongsi sedikit tips supaya mata tak pedih masa potong bawang.Bawang merah or bawang besar ye u all,bawang putih nak buat apa kan,xpedih pun banyak mana pun u all nak potong.Mesti ada di antara u all yang tak tahu lagi kan.kepada yang dah tau tu,xpe baca je sampai habis.kot2 ada tips yang saya nak bagi ni u all tak tahu lagi...


  1. Rendam bawang merah or bawang besar tu dalam air.Dalam setengah jam or sejam gitu u all boleh la mula potong.
  2. Potong di bawah air paip yang sedang mengalir.Tapi jangan buka deras sangat tau,kang terlopong u all tengok bil air.
  3. Ambil banyak mana bawang yang u all nak potong tu masuk dalam mangkuk lepas tu korang masukkan dalam peti sejuk semalaman.Bukan kat tempat sejuk beku tu tau letak kat bahagian sayur tu.
  4. Potong dekat kipas yang dipasang kuat ke arah u all.Tapi cara ni kurang praktikal sedikit sebab nanti bertaburan pulak kulit-kulit bawang tu.
Okey tu je tips yang saya tau.u all boleh praktikkan mana2 tips yang u all suka.kompom mata tak pedih masa u all nak potong bawang.

Wednesday 9 October 2013

Dari teman2 kepada u all/korang

Tajuk pun pelik je kan,by the way hari ini dapat komen dari kawan pasal penggunaan perkataan teman2 dalam blog saya ni.dia kata macam tak sesuai sangat.ye ke???sebenarnya saya tak lah marah,malah saya rasa happy sangat ada juga yang baca entri-entri saya kan.Ingatkan tak de sapa yang nak layan saya mengarut kat sini...wakakaaka..

Sebagai tanda penghargaan saya kat kawan saya ni start next entri saya akan tukar perkataan teman2 kepada u all/korang okey...hehe setuju tak?

Anakku yang suka buat lawak

Setiap hari Syakir ni memang ada saja perkara yang dia wat akan buat saya gelak sakan tau.haha...syakir ni memang suka buat lawak.mungkin bg teman2 tak de la lawak sangat pun tapi bagi saya,setiap apa dia wat tu buat saya nak tergelak je tau.contohnya,kalau dia nak buang air besar tu kan,dia tak reti nak bagitau.dia dok mundar mandir ke sana ke mari sambil buat muka lawak menahan sakit.eh lawak ke tu?bagi saya memang lawak sesangat,kalau teman2 nampak muka dia,mesti teman2 pun akan gelak.tak tahu lah macamana nak describe.maybe kat dalam diri dia tu ada aura lawak kot sampaikan apa2 dia buat pun saya akan gelak.haha,sekarang pun saya tengah menahan gelak la ni...haha.

Jom layan anakku yang suka buat lawak...hehe


Add caption

Baby Ainnur yang masih demam


Baby Ainnur yang masih demam.


Semalam bersengkang mata saya gara -gara baby Ainnur demam.panas badan dia,teman2.terus saya balik2 lap kan pale dia.kalau kemarin saya cakap baby Ainnur tak nak menyusu,malam tadi kan teman2,dia asyik menyusu saja.pantang breast saya terlepas dari mulut dia,dia terus merengek.

sejak demam ni,penutup bekas tu la jugak yang jadi pebret dia.perasaan tak??hihi

Hari ini nak bawa baby Ainnur g klinik.sebenarnya besok appointment dia tuk check up 5 bulan.oleh kerana dia demam,saya bawa je la hari ini.risau jg dia demam kan.

Tuesday 8 October 2013

Baby Ainnur demam selesema...


Kesian baby Ainnur demam dan selesema.Sampaikan nak menyusu pun tak berapa sangat hari ini.pas tu batuk2.cian sangat tengok dia,kejap2 nangis. Rasanya sebab perubahan cuaca kot,sebab kat kota marudu sekarang ni cuaca asyik tak menentu je,kejap hujan kejap panas balik. Cepat sembuh ye princess mama...

PENGALAMAN MENGANDUNG PART 3

Assalamualaikum...

     Hari ini nak sambung entri saya yang lepas mengenai pengalaman saya ketika mengandung.pregnant kali ketiga ni,berbeza sangat dengan masa first and second.alahan saya kali ini lebih teruk dari dulu.bayangkan,tak kira siang atau malam,saya asyik muntah saja sampaikan saya dehydrated dan admit ke ward untuk ditambah air.

     kali ini,saya benar2 diuji,bukan takat muntah saja,malah terasa semua anggota badan saya ni sakit.sakit pinggang,sakit belakang dan selalu berlaku kontraksi macam kontraksi pada peringkat pertama pelahiran tu.

     Tak cukup dengan itu,ketika usia kandungan saya 5 bulan,doktor sahkan saya alami plasenta previa type 4,di mana pada peringkat ini,uri terletak dibawah menutupi keseluruhan bukaan serviks dan jika selepas kandungan berusia 38 minggu dan uri tersebut masih di bawah,pembedahan terpaksa dilakukan.sepanjang mengandungkan Ainnur ni(panggilan untuk anak bongsu saya),saya alami pendarahan sebanyak tiga kali,doktor cakap,pendarahan berlaku akibat kedudukan uri saya yang terletak di bawah.

     saya fikir sampai itu saja saya diuji teman2,tapi sekali lagi saya dikejutkan bila didiagnosis sebagai diabetes semasa mengandung.tapi alhamdulillah,selepas bersalin ni,ujian gula saya negatif untuk diabetes.

     untuk makluman teman2,masa pregnantkan ketiga-tiga anak saya dulu,darah saya selalu kurang tau.pas tu cair plak tu.tapi itu memang perkara biasa bagi ibu-ibu mengandung kan.tapi bila dah setiap kali check-up rutin,tetap juga tak naik-naik,doktor kat klinik ibu anak tu suruh ambil ujian talasemia.

     Ujian talasemia ni kalau kat tempat saya kat kota marudu ni lambat juga baru dapat resultnya sebab sampel darah kita tu akan dihantar ke makmal di Hospital Queen Elizabeth di kota kinabalu.sebulan juga tunggu tau.sekali dah dapat result,rupanya saya adalah pembawa talasemia minor.setakat pembawa saja memang tak da hal tapi kena bawa anak-anak pegi buat ujian saringan talasemia untuk mengetahui status mereka.

     

Rutin Harian Saya

Assalamualaikum...

     Selamat pagi!!!actually,tiap hari lepas hubby gerak g keje,saya akan terus mula bereskan keja2 kat rumah.itupun kalau baby Ainnur tak meragam la.klu tak,terpaksa tenangkan dia dulu.

     Teman2 percaya tak,setiap hari saya akan vakum dan mop lantai rumah saya.kalau skip pun,sehari jela,tp itupun saya da tak selesa.yela,kalau kita da biasa buat kerja yang sama tiap hari,sehari tak settle terus jadi tidak keruan. Apatah lagi sekarang,baby Ainnur dah mula nak blaja merangkak,lagilah saya kena tingkatkan tahap kebersihan rumah saya ni. Kalau dulu ruang tamu saya ni bersepah dengan perabot almari yang ntah apa2.lepas hubby clearkan semua masuk bilik,senang sikit nak buat keja,baru lapang sikit.baby Ainnur nak main walker pun senang.

     Tapi sebenarnya kadang2 timbul juga perasaan malas,tapi terpaksa juga gagahkan diri settlekan semua,bukan apa,saya kan nak jadi ibu mithali jadi kenalah jadi supermak.

Monday 7 October 2013

PENGALAMAN MENGANDUNG PART 2

Assalamualaikum...

     Pengalaman saya mengandung anak kedua tidak banyak bezanya masa mengandungkan along dulu(panggilan utk anak sulung saya).Perbezaannya,masa along dulu perubahan diri saya yang paling ketara,saya tak boleh dengar bunyi bising,bising sikit je saya dah mula bengang.Pernah satu hari tu,hubby tengok tv,saya pula tido kat ruang tamu tu,sekali saya dengar bunyi t.v,terus saya menyinga.kalau diingat-ingat balik,tak adalah kuat sangat bunyi t.v tu,saya je yang lebih2.

     Masa mengandungkan syakir pula (panggilan utk anak kedua saya),perubahan paling ketara,saya tak boleh terhidu bau bawang,pantang saya terhidu mesti saya rasa loya.makanan yang pedas-pedas pun saya tak boleh nak makan even pedas sos cili sekalipun.padahal sebelum pregnant,bab-bab makan lada dan pedas2 ni sayalah juaranya.

     Lagi satu, masa pregnantkan syakir ni,saya jadi seorang yang pemarah tau(sebelum ni pun pemarah jg tapi tak lah sehebat masa tu).kesian along asik jadi mangsa saya saja.along wat silap sikit je saya marah.kalau diingat2 sekarang,sayu hati saya.

     Pengajaran yang kita boleh ambil dari pengalaman saya ni,buat perancangan,sebelum mengandung,kena sediakan diri dari segi mental dan fizikal.bukan senang nak melalui tempoh sepanjang kita pregnant tu.kalau boleh,dapatkan sokongan suami masing2.kalau macam saya,masa saya teruk alahan dulu,saya langsung tak boleh nak wat keja2 rumah terutamanya bab masak memasak.semua hubby yang tolong.kesian hubby,da lah penat di tempat kerja,kena tolong saya lagi kat umah.Thanks hubby...

     Sampai sini dulu ye teman2,jumpa lagi di part yang ketiga.

        Wassallam...

Permata Hatiku...


tadaaa...perkenalkan,inilah permata hati saya teman2.saya sayang sangat2 dekat anak2 saya. Anak sulung saya berumur 5 tahun,second 3 tahun dan yang bongsu baru nak masuk 5 bulan hari khamis ni.

oppss ada lagi satu teman2...inilah hubby tercinta saya,hihi


Mengganggu pula ikan besar tu.klu teman2 nak tau,hubby ni peminat setia ikan kerapu,ikan merah dan ikan putih tau.

Sunday 6 October 2013

Candy Crush Saga!!!

Saya sebenarnya taklah dikategorikan kan sebagai kaki game ni.Tapi memandangkan da ramai dari rakan fb saya yang dok invite game candy crush saga ni,saya pun nak la jugak menerai apa punya game yang diorang berabis sangat ni sampaikan tak jemu2 invite saya.

Memula main tu,belum terasa lg kehebatan auranya.mana kan tidak,tak reti langsung.inikan pulak nak feeling bagai.sehinggalah...akak ipar hantar request life.start dari saat itulah bermulanya era kegemilangan saya sebagai seorang yang sangat2 addict terhadap game candy crush saga.diulangi okey!!!addict terhadap game candy crush saga.haha

So,teman2 yang masih bebas dari game candy crush saga ni dinasihatkan agar jangan pernah coba2.sebab,once teman2 da try kompom akan teraddict.macam hubby la,memula tak nak last2 dia pulak yang beriya2 nak lepas level sekarang ni.

P/s: korang da sampai mana,saya sekarang di level 395.hihi

PENGALAMAN MENGANDUNG PART 1

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu semua!!!
Hari ini nak story sikit pasal pengalaman masa saya mengandung dulu.untuk pengetahuan teman2,setiap kali saya pregnant,saya diuji dengan alahan yang sangat teruk.

pregnant kali pertama,masa tu umur saya baru 20tahun.alhamdulillah murah rezeki saya,tak sampai sebulan kawin saya terus pregnant.tu pn bukannya ada tanda-tanda tau,saja je nak wat test pregnant,tup tup positif pula.klu teman2 nak tau kan,sebelum tu abang ipar ada ckp kot2 sekali ehem ehem terus mengandung.masin mulut dia..haha

Perasaan saya masa saya tahu saya da pregnant kan,hihi hanya Tuhan yang tahu,terkejut pun ada,happy jangan cakap la.excited sangat.tapi teman2,seminggu lepas tu saya jatuh sakit, demam,tak sedap badan,tiada selera makan dan macam-macam lagi la,hangin satu badan tau!!apa kata orang,mabuk mengandung a.ka alahan mengandung.

Lama juga saya mabuk mengandung tau,dekat enam bulan.sampai berat badan saya pun turun menjunam.apa tak nya makan pun tidak.sampai nampak rangka tulang kat dada saya ni haa,tp sekarang,jangan cakaplah da jadi macam mak deram pun ada.haha...

Yang paling menyeksakan,bila saya kena naik kapal terbang...pening,loya...hanya Tuhan yang tau.Untung tak pengsan dalam flight tuh.actually setiap cuti sekolah hujung tahun kami sekeluarga akan bercuti di rumah my mil.tu sebab kena naik kapal terbang tu.

Okeylah teman2,sampai cni dulu story pasal pengalaman saya mengandung ye,jumpa lagi di part yang kedua...

         
     Wassalam...

Friday 4 October 2013

SOTO AYAM vs AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

Oppsss...bukan nak bagi resepi okey,hihi...actually,nak story serba sedikit pasai diri tuan empunya blog ni.Saya asal dari sabah, klu teman2 nk tau,kat cni,makanan paling femes ialah soto ayam a.k.a mee hoon soup tau.hubby pulak org nogori tp sejak kecik menetap di ampang,selangor.klu yang duk nogori tu mesti tau makanan yang femes kat sana masak lemak kan.kan?hihi...

Nak tau,beza umur saya dan hubby 7tahun.okeylah tu kan perempuan cpt tua dari lelaki..betui x?

So,mcmn saya boleh kenal hubby ni??actually,tahun 2006 ,masa tu saya form six,hubby pula baru posting kat sekolah tmpt saya blaja,dipendekkan cerita,disitulah kami bertemu jodoh.kami couple xlama tau,kenal2 je terus cakap bab kawen,advance sgt.buat pengetahuan teman2,hubby tak mengajar kelas sy tau.

Dan sekarang,alhamdulillah sdh menjalani kehidupan berumahtangga bersama dan dikurniakan anak2 yang comel.masuk tahun ni da 6 tahun kami melayari bahtera bersama.semoga ikatan perkahwinan kami ini kekal dan aman bahagia selama2nya,..sampai hujung nyawa.amen...

Okeylah teman2,sampai disini dulu utk kali ini,xsedar pulak dah terpanjang sy berceloteh.biasalah teman2,cite bab2 romantik ni xhbs satu hari.inikan pula satu entri.kan?hihi


P/s: kalau nak resepi,di lain entri ye...

welcome to me!!!

     Alhamdulillah...akhirnya tercipta juga blog Nur Lovekasih ni.Firstly,let me introducing myself.Nama saya Nurul Elainie Lantubon Abdullah,isteri kepada Arshad Alwi dan ibu kepada tiga orang anak;Ahmad Zuhri,Ahmad Syakir dan Ainnur Diyyana.saya seorang surirumah sepenuh masa yang berminat dalam kerja2 penulisan dan of course lah minat terhadap kerja2 rumah.
     Actually,saya wat blog ini untuk berkongsi dengan anda apa2 saja yang menarik dan boleh dikongsikan bersama.Semoga blog ini bermanfaat untuk kita semua.segala komen2 adalah dialu-alukan.
     Lastly,terima kasih kerana membaca dari mula sampai habis,betulkan saya jika terdapat sebarang kesilapan dalam blog ni.

          Wassalam....