Sunday, 24 November 2013

Home » Anak alahan nestum

Anak alahan nestum

Assalamualaikum...

Salam ahad...
Baru-baru ni saya dan family bercuti sehari semalam kat kudat, so saya terpaksalah belikan Ainnur nestum yang kat dalam tin tu sebab tak dapat nak masak kan. First makan tu, timbul bintik-bintik merah kat area mulut Ainnur. Saya ni apalagi, risau yang teramat lah. Saya ingatkan anak dara saya tu alahan nestum.

Lepas tu, kali kedua saya bagi, lepas makan je saya cepat-cepat basuh mulut Ainnur, risau nanti bintik merah tu timbul lagi. Alhamdulillah... Nasib baik bintik merah tu dah tak timbul.

Kalau boleh saya memang nak bagi Ainnur makanan yang saya masak sendiri tapi kalau terpaksa stay kat luar, terpaksalah juga bagi makanan segera ni kan. Tu pun kan saya teragak-agak juga nak bagi, sampai saya meluah perasaan kat hubby. Hehe, nasib hubby pandai tenangkan saya. Dia cakap boleh je makan nestum yang penting cara penyediaan yang betul dan bersih.

Dan sekarang ni, bintik merah tu tak timbul lagi dah. Berak kencing Ainnur pun okey je. Oh ya, Saya kalau ada masalah kan, mesti akan terus tanya kat kawan saya. Kawan saya ni doktor tau, doktor kat klinik ibu anak kat kota marudu ni. Tempat saya berklinik rutin. Kawan saya ni memang sporting giler tau, kadang-kadang saya hantar mesej jam 1 pagi pun ada balasan gak.

Kalau u all ada anak yang kecik macam baby Ainnur ni, mesti u all tau perasaan sorang ibu macamana. Asyik risau saja akan keadaan anak-anak. Syukurlah setakat ni Ainnur makan elok je walaupun makan sikit sangat dan setakat ni Ainnur masih tak ada alahan terhadap apa-apa makanan lagi. Seafood tu tak tahu lagi sebab belum start makan lagi. Umur baby Ainnur setahun baru saya akan perkenalkan.

1 comment:

  1. alhamdulillah ainnur makin okay.ken hati hati jugak nak bagi solid food pada baby kan.

    ReplyDelete