Sunday 10 November 2013

Home » Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com

Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com

Assalamualaikum...

Entri ini khusus untuk Segmen Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com.

Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com

Pastinya ramai yang sedia maklum satu laman web iaitu AshleyMadison.com yang menjurus kepada aktiviti penzinaan bakal dilancarkan pada 17 november 2013.

Bagi saya, laman yang menggalakkan budaya hidup berzina tidak sepatutnya berada di rantau ini kerana ia akan merosakkan nilai-nilai murni yang mempercayai sebuah ikatan perkahwinan yang sah dan hubungan kekeluargaan itu sangat penting.

Kita tahu tiada satupun kebaikan yang kita perolehi dengan mengamalkan atau membiarkan amalan zina berleluasa. Malah ia boleh mendatangkan keburukan dan kemusnahan yang amat teruk kerana ia menyumbang kepada keruntuhan akhlak dan keruntuhan institusi kekeluargaan. Ini belum kesan terhadap kesihatan, di mana amalan zina yang seterusnya menyumbang kepada gejala seks rambang akan menyebabkan penyakit seperti Aids dan bermacam jenis jangkitan lagi akan terus meningkat.

Dengan ini, sebagai seorang blogger yang prihatin, saya membantah sekeras-kerasnya pelancaran laman web AshleyMadison.com ini. Meskipun saya tahu saya tidak mampu menghalang kerakusan mereka yang bertanggungjawab untuk mempromosikan budaya yang tidak sihat ini, tapi saya percaya pihak berwajib khususnya SKMM (Suruhanjaya Komunikasinya dan Multimedia Malaysia) mampu menyekat laman web itu daripada diakses secara online di Malaysia.

Kepada sesiapa lagi blogger yang mahu turut serta dalam Segmen Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com ini, bolehlah klik banner di atas.

2 comments:

  1. betul...tak patut di bawak masuk..rosak generasi anak muda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, dah lah skg ni pun dah ada laman yg sedemikian, jika di bawa masuk lg, bertambah lg satu.so, apa nak jadi tu??tak dapat saya bayangkan...

      Delete