Assalamualaikum...
Haaa sapa suka makan lempeng sini???
hee nak cerita kisah lucu di sebalik lempeng ni.ehe...
dulu-dulu masa memula kawin dengan hubby ni saya tak tahu pun benda lempeng ni apa. Tak pernah makan pun. Kalau kat sabah, lempeng tu kami wat daripada sagu. Tapi tak yah bubuh minyak. Lempeng ni pulak bubuh minyak masak sikit.
Yang lucunya, first saya dengar nama lempeng ni masa biras saya yang cakap iaitu merangkap suami kepada satu-satunya akak ipar saya a.k.a kakak hubby. Biras saya tu cakap kat akak ipar saya dia terasa nak makan lempeng dan usha la kat akak ipar suh masak kan. Dalam fikiran saya masa tu, eh mende lak dia ni nak lempeng pula. Dah lah susah nak buat tu. U all tau mati2 dalam fikiran saya ni lempeng tu macam lemang juga, kan lemang tu nak masak bukan main susah lagi, leceh amat nak bakar2 lagi. Tu sebab ingat susah sangat nak wat, nama pun lebih kurang kan. Saya terus gelak lah ye la nak geng kan akak ipar kan dia tak nak masak.
Last2 kan u all akak ipar masak lah juga bila sampai kat umah, yang biras saya cakap tu masa kat umah my mil.
Saya pun tengoklah akak ipar nak masak macamana kan yela, mana pula tempat nak bakar segala ni, itu yang saya dok fikir.
Sekali rupanya, tak de lah susah sangat pun, bancuh2 tepung je, panaskan minyak sikit dalam kuali, dah siap. Sedap dimakan cecah kuah masak lemak or kuah kari daging. Ngeee lucu tak???
adeh kak:) sebut lempeng lama pulak nana tak makan,hihi..aah,mmg sedap cicah kuah kari kan kak,nyum2x!
ReplyDeleteHaha da pandai rupanya ko msk lempeng
ReplyDeletebaca tajuk tadi, igtkan "cerita disebalik lempang".. heheh
ReplyDelete