Friday 24 January 2014

Cara hilangkan sifat pelupa

Assalamualaikum...

Salam Jumaat penghulu segala hari...

Semenjak dua tiga menjak ni kan, saya rasa sifat pelupa saya semakin menjadi-jadi... Tension betul tau, benda mudah pun saya boleh lupa...
Risau pula, jadi ni nak tanya la kat u all semua yang tahu macam mana ye cara nak hilangkan sifat pelupa ni...

U all bayangkan, saya tengah sembang dengan orang pun kan, saya boleh lupa saya nak cakap apa. Itu tak pe lagi, yang paling tak selesa dengan sifat pelupa saya ni kan bila saya nak buat sesuatu, tetiba boleh lupa pula... Ya Allah, entah apa nak jadi dengan saya ni... Penat tau nak ingat balik. Terpaksa perah otak, tapi tetap lupa dan tak ingat-ingat juga. Jadi u all yang tau cara hilangkan kepelupaan saya ni pls la share2 ye... Atau kalau ada info pasal ni bagi link ke...

Kes pelupa saya yang terbaru, masa kat wad ni haa, saya nak balik rumah nak mandi segarkan badan, u all tau, boleh pula saya terlupa pakai tudung... Masya Allah... Dalam kete baru saya prasan... Apalg, puas kena leter dengan hubby...

Jadi u all yang baik hati share2 la tips or cara-cara tuk hilangnya sifat pelupa saya ni ye... Saya rasa dah teruk sangat dah ni sampai nama sepupu Ainnur ni pun boleh lupa... U all rasa, perlukah saya g berubat ye.. Kalau berubat, berubat kat mana, hospital ke? Syifa ke?

Oya kalau u all ada juga masalah pelupa macam saya ni, boleh je contact saya di fb or emel, bukan apa, boleh juga kita berkongsi pengalaman kan...

Thursday 23 January 2014

Kisah sedih di wad kanak-kanak

Assalamualaikum...

Malam ketiga Ainnur di wad kanak-kanak. Sepanjang berada di sini, terlalu banyak yang saya lalui, berkongsi suka duka dengan ibu-ibu di sini... Saling membantu dengan mereka... Kebanyakan bayi yang ditahan di wad ini mengalami sakit yang sama, batuk, lelah/asma, demam dan macam-macam lagi. Ini cerita seorang ibu, jika u all seorang ibu, pastinya u all mengerti betapa sakit kehilangan seorang anak. Bah kan,ketika Ainnur menangis kerana dicucuk jarum pun sungguh pilu hati ini mendengar tangisan nya, inikan pula ibu itu yang kehilangan seorang anak. Ya Allah... Luluh hati ini, hancur hati ini... Mendengar tangisan si ibu meratapi anak tersayang... Hati kecil ini turut menangis... Manakan tidak, semuanya berlaku di depan mata... Sebelumnya, saya ada sembang2 dengan ibu itu, sayangnya Allah lebih menyayangi anak kecil itu... Sebak hati ini, teringat akan anak sendiri... Ya Allah, berikanlah ketabahan pada ibu itu... Kuatkanlah ibu itu...

Ainnur masuk wad

Assalamualaikum...

Urmmm dah lama tak blogwalking...
Apakan daya, sibuk mengurus anak dara tersayang nan satu Ainnur...



U all tgok gambar kat atas ni... Ainnur masuk wad sebab bronchopneumonia dan anemia. Kesian sangat tau u all. Ainnur masuk wad pada hari selasa dan masuk hari ini dah masuk hari ketiga Ainnur berkampung di wad kanak-kanak. Jadi maknanya sudah dua malam saya di wad ini dengan Ainnur. U all tolong doakan anak dara saya ni sihat walafiat ye...











Wednesday 15 January 2014

Bahaya tidur dalam keadaan lampu menyala

Assalamualaikum...

WORDLESS WEDNESDAY # 2

Thursday 9 January 2014

Pengumuman segmen by Nurullai

Assalamualaikum...

Firstly, maaf di atas kelewatan mengumumkan segmen ini... Bukan kerana sikap tak berdisiplin tetapi akhir2 ini saya sibuk yang teramat... Okey, pasal ini nanti kita cerita balik ye, fokus dulu dengan pengumuman ni, by the way ini segmen pertama yang saya anjurkan... Terima kasih kepada yang sudi menjadi sponsor... Saya juga sebagai salah seorang sponsor.

Sukacita dimaklumkan, SEGMEN by Nurullai ini akan berlangsung mulai lusa 11 Januari 2014 hingga 11 Febuari 2014. Kenapa bukan hari ini atau esok??? Sebabnya saya nak u all relax dulu... Di samping itu saya nak karang entri untuk segmen itu ok, oya di samping itu, saya nak settle dulu 'kesibukan' yang sempat saya story kat atas sekali tadi. Bolehkan??

Update: kalau yang tak de blog tu, boleh juga join segmen saya tu ya... Segmen ini terbuka untuk semua, igt tarikh penting tu ye... Dan tunggu update seterusnya... Join dan menang hadiah awesome!!!