Friday 24 January 2014

Home » Cara hilangkan sifat pelupa

Cara hilangkan sifat pelupa

Assalamualaikum...

Salam Jumaat penghulu segala hari...

Semenjak dua tiga menjak ni kan, saya rasa sifat pelupa saya semakin menjadi-jadi... Tension betul tau, benda mudah pun saya boleh lupa...
Risau pula, jadi ni nak tanya la kat u all semua yang tahu macam mana ye cara nak hilangkan sifat pelupa ni...

U all bayangkan, saya tengah sembang dengan orang pun kan, saya boleh lupa saya nak cakap apa. Itu tak pe lagi, yang paling tak selesa dengan sifat pelupa saya ni kan bila saya nak buat sesuatu, tetiba boleh lupa pula... Ya Allah, entah apa nak jadi dengan saya ni... Penat tau nak ingat balik. Terpaksa perah otak, tapi tetap lupa dan tak ingat-ingat juga. Jadi u all yang tau cara hilangkan kepelupaan saya ni pls la share2 ye... Atau kalau ada info pasal ni bagi link ke...

Kes pelupa saya yang terbaru, masa kat wad ni haa, saya nak balik rumah nak mandi segarkan badan, u all tau, boleh pula saya terlupa pakai tudung... Masya Allah... Dalam kete baru saya prasan... Apalg, puas kena leter dengan hubby...

Jadi u all yang baik hati share2 la tips or cara-cara tuk hilangnya sifat pelupa saya ni ye... Saya rasa dah teruk sangat dah ni sampai nama sepupu Ainnur ni pun boleh lupa... U all rasa, perlukah saya g berubat ye.. Kalau berubat, berubat kat mana, hospital ke? Syifa ke?

Oya kalau u all ada juga masalah pelupa macam saya ni, boleh je contact saya di fb or emel, bukan apa, boleh juga kita berkongsi pengalaman kan...

3 comments:

  1. emmm, cuba akak amalkan pemakanan sunnah Rasulullah..mcm makan kismis.. ataupun akak cuba coklat minda..sye dengar benda tu mcergaskan minda dan menguatkan daya ingatan.. biasalah tu kak, sye pun kdg2 pelupa jgk..mungkin xsedar tmakan semut kot..huhu

    ReplyDelete