Wednesday 18 June 2014

Wordless wednesday #jangan pernah tinggal solat

Assalamualaikum...

Sumber screenshot from fb

Tuesday 17 June 2014

Pada usia berapa u all hantar anak ke taska or tadika?

Assalamualaikum....

Selamat malam... baru dapat jenguk blog... seharian sibuk..

Sebenarnya saya sedang berfikir mengenangkan minggu depan syakir bakal ke taska... nak hantar kat PASTI.
U all biasa hantar anak ke taska or tadika pada usia berapa ye?
Actually along dulu hantar Pasti masa umur 5 tahun. Syakir ni plak 4 tahun.. hmmm berbelah bahagi betul perasaan saya tau.. saya macam belum bersedia nak 'melepaskan' syakir lagi... rasa macam kecil lagi... kalau along dulu ok sikit sebab dia dah berusia 5 tahun masa tu n along jenis yang independet. Berbanding dengan syakir ni haa.. dah la syakir paling rapat dengan saya... along pula rapat dengan ayah dia.. syakir sampai sekarang saya curi2 bagi menyusu badan...kikikiii..

Memula plan dengan hubby nak hantar syakir ke sekolah pasti tahun depan masa tu syakir 5 tahun tapi risau pula dia tak reti nak bergaul dengan bebudak kat sana.. so hubby nak hantar awal supaya dia leh biasakan diri kat pasti sebab syakir ni peel lain sikit.. mesti ada along dia baru leh bergaul dengan orang.. kalau tak mesti dia dok diam je tak nak bercakap..

Perbualan saya dan syakir tadi;
Sambil peluk2..

Mama: tak ya lah syakir pegi sekolah ye.. mama tiada kawan nanti.. nanti mama nangis.. (sambil2 konon2 menangis)
Syakir: hmmm nak la mama..kan ada kawan mama tu baby.. ( baby merujuk pada ainnur)

Bercakap dengan pelatnya...

Sedih juga bila syakir pun dah sekolah nanti.. rinduuu...

Apa pun harap keputusan kami nak hantar syakir ke taska ni keputusan yang betul. Bukan apa.. pada usia yang baru 4 tahun macam tak puas lagi bermanja dengan dia.. aduh...sayu pula rasa hati...

Mama sayang syakir.... ingat ye sayang...