Tuesday 31 December 2013

Mencari sponsor untuk segmen dan giveaway 2014

Assalamualaikum...

Rasa hati teringin nak buat segmen dan giveaway untuk tahun 2014 nanti. Dalam bulan januari gitu. Hmm... Ada ke yang nak join eh.. Actually, entri kali ini saya nak cari sesiapa yang sudi jadi sponsor untuk segmen saya tu... Jangan risau saya juga turut menyumbangkan hadiah dalam segmen tu nanti, tu pun kalau ada yang sudi join jadi sponsor lah ye. Saya plan untuk giveaway pertama ni, saya nak wat secara besar-besaran, kasi gempak gitu...

Okey untuk u all yang sudi jadi sponsor untuk segmen saya ni boleh tinggalkan link blog di entry ini dan bagitau juga apa hadiah yang nak disumbangkan. Sebagai penghargaan untuk sponsor-sponsor tu nanti saya akan tetapkan syarat untuk peserta follow blog u all dan saya akan masukkan blog u all dalam bloglist januari saya...

U all jangan lupa inform kat blogger2 lain ye... Mana tahu diorang nak join kan...

Salam ambang tahun baru 2014

Assalamualaikum...

Beberapa jam lagi kita bakal ke tahun baru 2014... Ada sesapa yang celebrate tak di ambang tahun 2014 tepat detik 12 malam nanti... Ehe mesti ada kan...

Untuk tahun 2014, apa azam u all... Mesti semua dah simpan azam masing2 kan. Apapun, diharapkan tahun baru 2014 yang bakal tiba ni lebih baik dari tahun ni. Semoga kita semua dilimpahkan rezeki yang halal, dikurniakan kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang berpanjangan, In Shaa Allah...

Monday 30 December 2013

Bayi tak pandai hisap puting susu ibu

Assalamualaikum...

Salam u all, sapa ada masalah bayi yang tak pandai hisap puting susu?
U all, memang ada bayi baru lahir pada mulanya memang tak pandai nak hisap puting, tetapi ada juga yang terus pandai. So, kalau bayi u all tu tak pandai menghisap puting, u all kena ajar seawal sejam selepas kelahiran. Ini penting tau u all, lekapan mulut bayi yang betul pada puting kita menentukan berapa banyak susu yang akan bayi perolehi semasa menyusu dan juga penting untuk pengaliran dan pertambahan susu ibu. Jadi, kalau berat badan bayi tak bertambah atau malah berkurang kemungkinan kerana lekapan mulut bayi yang tidak betul. Lekapan yang betul adalah, mulut bayi menutupi keseluruhan areola. Lihat gambar.




Macam saya pula, anak pertama saya, along, pada awalnya tak pandai sangat nak hisap, tak tahu lah memang along yang tak reti ke atau saya yang tak reti, maklumlah masa tu first baby kan, tapi lama kelamaan tak sampai sehari dah pandai hisap puting dah.

Masa Syakir pula, sejurus selepas lahir terus nurse letak atas dada saya, nurse acah-acah puting kat mulut. Lepas tu terus-terus pandai hisap puting. Tak yah ajar lg dah. Ohya, masa along tu pula, saya tak ingat kalau nurse ada letak kat dada saya sejurus lahir sebab sejurus melahirkan, terus saya tak ingat apa2 da, saya terlelap sebentar.

Dan yang latest ni, baby Ainnur, mak aihh... Betul2 tak pandai menghisap puting susu. Memanjang hisap bahagian puting tu saja. Sepatutnya mulut buka besar dan keseluruhan areola tu masuk mulut kan, tapi Ainnur ni jenuh saya nak mengajar tak juga pandai2.. Mulut dia masuk takat puting tu ja. Tu la kesannya, berat badan tak cun. Pas tu, breast saya pun tak berapa menghasilkan air susu. Kadang-kadang, air susu stuck tak mo kuar. Masa Ainnur 7 bulan ke bawah tak de lah puting saya ni sakit dia hisap sebab masa tu dia hisap tak kuat sangat, tapi sekarang ni maunya melecet, nasib belum lagi. Hari ini saya start ajar Ainnur balik cara hisap puting susu yang betul. Bila dia salah hisap je saya terus tarik breast saya, dan cakap kat baby Ainnur, bukan macam tu lah b. Ainnur pandang saya.hehe comel je... Sekarang dah ada peningkatan dah, Ainnur hampir pandai menghisap puting susu saya ni hehehe...

Untuk u all yang ada bayi yang tak pandai menhisap puting susu badan u all tu, jangan putus asa ye... Ajar perlahan-lahan, In Shaa Allah, lama kelamaan baby akan beransur pandai. Jangan jadi macam saya baby 7 bulan lebih baru nak terhegeh-hegeh nak mengajar.

Friday 27 December 2013

Cara mencuci kemaluan dengan betul

Assalamualaikum...

Salam jumaat...

Adakah selama ini kita telah mencuci alat sulit kita dengan cara yang betul??? Di sini saya kongsikan cara yang betul yang saya c&p dari fb.

*Cara mencuci kemaluan
dengan betul*
Sememangnya, kita mencuci
dengan bersih tapi bersih
bukan bermakna cara kita tu
betul. Penting untuk kita
pastikan diri kita bersih
terutamanya di bahagian sulit.
Selain untuk menjaga
kesihatan ia juga penting untuk
memastikan amal ibadat kita
seharian di terima.
Kenapa penting untuk kita
bersihkan kemaluan kita
dengan betul?
Ramai orang merasakan diri
mereka cukup bagus dengan
banyak amal ibadah,
bersedekah dan lain lain tetapi
masih tidak terlepas dari azab
api neraka.
Saidina Abu Bakar pernah
hendak menyembahyangka n
mayat seorang lelaki tetapi
tiba-tiba tersentak dengan
suatu benda bergerak-gerak
dari dalam kain kafan lelaki
itu. Lalu disuruhnya orang
membukakannya. Alangkah
terkejutnya apabila seekor ular
sedang melilit kepala
kemaluan mayat lelaki itu.
Saidina Abu Bakar mencabut
pedang lalu menghampiri ular
tadi untuk membunuhnya.
Tetapi ular itu tiba tiba
berkata-kata, Katanya”
Apakah salah ku kerana aku
diutus oleh Allah untuk
menjalankan tugas yang
diperintahkan” Diselidiki
amalan lelaki itu semasa
hayatnya, jelas dia merupakan
orang yang mengambil ringan
dalam hal menyucikan
kemaluannya setelah selesai
membuang air kecil.
Jadi macam mana kita nak
bersihkan diri dengan cara
yang betul?
Lelaki dan wanita berbeza
caranya. Bukan basuh sekadar
dengan air dan asalkan bersih
je. Ada caranya….
kaum lelaki:
Selepas membuang air kecil,
disunatkan berdehem dua atau
tiga kali supaya air kencing
betul betul sudah habis keluar.
Lepas itu urutlah kemaluan
dari pangkal ke hujung
beberapa kali sehingga tiada
lagi air kencing yang berada
dalam saluran. Kemudian
basuhlah dengan air
sebersihnya.
kaum wanita pula:
Apabila membasuh
kemaluannya, pastikan
dicucikan bahagian dalam
dengan menjolok sedikit
dengan jari dan dipusing-
pusing kan semasa dilalukan
air bersih. Bukan dengan
hanya menyimbahkan air
semata-mata. Jika dengan
melalukan air sahaja ia tidak
membersihkan bahagian dalam
kemaluan wanita yang
berbibir-bibir itu.
Betul atau tidak cara kita
selama ini ? Kalau yang tak
betul tu jom sama sama
betulkan supaya diri kita
bersih dengan cara yang betul.
Dijanjikan neraka utk mereka
yg tidak menyucikan diri
dengan sempurna baik hadas
kecil/hadas besar.
Rasulullah bersabda :
"Barang siapa yang
menyampaikan 1 (satu) ilmu
saja dan ada orang yang
mengamalkan, maka walaupun
yang
menyampaikan sudah tiada
(meninggal dunia), dia akan
tetap memperoleh
pahala..moga kita semua
memperolehnya. Aamiin.... Ya Rabb
Jangan LUPA SHARE yerr..
Ilmu yang bermanfaat perlu
kita amalkan.
Sekadar berkongsi maklumat.  

Friday 13 December 2013

Eh takkan dah kurus

Assalamualaikum...

Dua tiga menjak ni macam rasa badan ringan sikit, huhu prasan le tu dah kurus... Haha, tak de makne nye prasan2 ni, tak diet pun, takkan boleh kurus kan... Maybe pasal saya fully breastfeeding mom kot... Yela, sekali pakai seluar yang sendat tu, heyy apasal tak sendat dah ni? Bra pun dah longgar sikit... Haha, tak tahulah kalau seluar dan bra tu yang dah mengembang kan... Haha, kesian diriku, rupanya bukan pasal dah kurus, upe-upenya pasal clothing yang dah mengembang.huahaha...

P/s : takkan dah kurus kalau hari-hari makan kek, kek dan kek dan ayam goreng, ayam goreng dan ayam goreng...
           kesian delo!!!

Thursday 12 December 2013

Candy Crush Saga level 417

Assalamualaikum...

Hmmm ada lagi tak yang still layan game candy crush saga ni? Actually, sejak mula berblogging hari tu dah jarang layan candy crush ni, baru-baru ni ja mula layan balik. Game ni betul-betul wat saya geram + tension, mana tak nya dah hampir seminggu saya stuck kat level 417. Oh... Ada sesiapa leh bagi tips tak. Dah lenguh belakang den dek pekena candy crush saga level 417 ni. Badan pun dah sengal-sengal. Muahaha...




Okey, kalau u all lihat gambar kat atas ni, level 417 ni memerlukan kita turunkan 3 biji buah tu... 3 biji buah je tapi susahnya mengalahkan ratusan biji buah... Huahaha...
U all nampak tak benda dekat kotak yang macam merekah tu? Dia berpusar je keje dia tu, Itu saya panggil jahat tapi baik sebabnya, penat-penat saya wat gula-gula yang berbalut tu, kononnya nak slide dengan gula-gula berbelang tu, tapi bila benda berpusar tu pegi kat gula-gula tu auto dia meletup. Huu tension tul... Tapi yang baiknya, kalau dia pegi kat bata-bata yang belah kanan tu, auto juga bata tu merekah sikit2. Kalau yg layan candy crush ni fahamlah maksud saya tu. Hihi
Bata yang sebelah kanan tu pun bukan main degil g tau u all, berkali den nak pecahkan tak habis-habis, menghabiskan move den ajo...

Monday 9 December 2013

Dapat CPC dari Nuffnang

Assalamualaikum...

Okey, pada ketika dan saat ini, seandainya u all tahu, berbunga-bunga hati den tau...ahh... Nak tau kenapa??? Hari ini, sekali saya login nuffnang tengok earning ada rm0.25.
Rupanya dapat dari cost per click (CPC) nuffnang. Hmmm sapa lah yang berbaik hati sudi klik iklan nuffnang saya tu. Thanks banyak-banyak eh... U all yang sudi menderma kat saya, klik je tabung nuffnang saya tu eh... Hehe, nanti saya BW blog u all. Amboi, ada udang di sebalik mee nampak...

Kalau dikira-kira, saya baru je dalam berblogging, baru dua bulan. Itulah yang dinamakan rezeki, kan u all... Hmm ni tak sabar nak tunjuk kat hubby ni. Happy sangat dapat CPC dari nuffnang. Harap-harap bertambah lah duit nuffnang tu ye... Hihi, terima kasih ye nuffnang... Tapi wahai nuffnang, boleh tak bagi CPUV pula... Haha, tamak haloba pulak dah... Tak adalah, tengah excited giler ni... Ye la, saya merapu-rapu dalam blog pun boleh dapat duit... Heyyy, ini yang menaikkan semangat den nak update blog ni...





Oya... U all tahu cpc apa yang nuffnang bagi kat saya, LIBRESSE. Macam tau2 ja nuffnang den 'bendera merah' hari ini. First day lak tu... Haha.

Saturday 7 December 2013

Bubur jagung manis sago mata ikan yang sangat sedap dan mudah

Assalamualaikum...

Haha, tu dia tajuk kemain lagi panjang. Ya, bubur jagung manis sago mata ikan ni u all memang bagi saya sangat sedap. Pertama, sebab dia lemak-lemak manis gitu. Saya kan suka yang manis-manis...heee, so sangat sesuai lah untuk saya.

Yang kedua, bubur jagung manis ni mudah bebenor nak membuatnya, semudah ABC je. Jangan tak percaya... Mudah dan cepat siap.

Sebenarnya, bubur jagung manis sago mata ikan ni My mil yang wat hari tu u all, saya tengok je. Haha, lepas tu minta resipi. Okey, tanpa berlengah lagi jom salin resipi. Aik? Apalagi u all pun salinlah resipi ye.. Tak rugi u all mencubanya...



Bahan2 :
1. Jagung manis
2. Sago mata ikan
3. Gula,garam secukup rasa
4. Santan
5. Daun pandan
6. Air

Cara masak :

Didihkan jagung manis dengan air, agak-agak jagung masak, masukkan sago mata ikan. Bila sago mata ikan dah kembang, bolehlah dimasukkan santan, garam gula secukupnya dan daun pandan. Didihkan lagi sebentar. Dah siap.

Sesuai dimakan panas dan juga sejuk.

Selamat mencuba!!!