Sunday, 17 November 2013

Home » Bayi tidak mahu menyusu badan

Bayi tidak mahu menyusu badan

Assalamualaikum...


Apa khabar sahabat blogger semua dan pembaca blog ini?
Diharap u all semua baik-baik sahaja, sihat alhamdulillah hendaknya.
Baru-baru ini, ada seorang kawan yang mengadu kat saya pasal anak dia ni tidak mahu menyusu badan.
Masih bayi lagi baru berusia 2 bulan.
dia cakap dia hampir terbagi anak nya susu formula. Tapi masa dia mesej saya tu dia belum bagi lagi lah. Nasib baik lagilah kan, selepas saya terangkan kat dia terus dia tak jadi bagi.yela, bila bayi tidak mahu menyusu badan, dah tentu-tentu susu formula pun dia tak nak kan, melainkan air susu si ibu tiada. Bukannya saya memandai nak bagi nasihat, saya juga bukannya expert sangat dalam hal ni, cuma apa yang saya tahu itulah yang saya kongsikan.

oya, sebelum tu saya nak bagitau u all saya adalah penyokong tegar penyusuan susu badan sepenuhnya tau. Along dan Syakir dua-dua cuma minum susu badan saja sampai 2 tahun. Pembetulan, syakir pula sampai 3 tahun dan sekarang pun saya curi-curi bagi susu badan lepas Ainnur habis menyusu, bukan pa, sebabnya ayah dia tu da suruh stopkan sebab takut baby tak cukup.

Berbalik pada kisah kawan saya ni,
bila dia minta pendapat saya, sudah pastilah saya tak bersetuju bila dia nak bagi susu formula kan, bukan pa, kesian baby nanti, kan makanan terbaik untuk bayi 6 bulan ke bawah hanyalah susu ibu semata-mata. Tak pe jugak kan kalau si ibu ada masalah penyusuan. U all tau tak ada seorang ibu ni saya jumpa di klinik, dia cakap doktor bagitahu bayi baru lahirnya
alah terhadap susu ibu, kesannya semakin dia susukan bayi dia dengan susu badan, kuning anaknya tak turun-turun malah menaik. Saya tanyalah kat dia samada doktor suruh stop ke tak susu badan, doktor cakap teruskan sahaja susu badan sebab itulah makanan terbaik untuk bayi.
nampak tak betapa susu ibu tiada gantinya.

Okey, untuk ibu-ibu yang ada masalah bayi yang tidak mahu menyusu badan,
Sebaiknya cari dulu punca kenapa bayi tak mahu menyusu, seelok-eloknya tanya orang yang lebih tahu samaada doktor ke nurse ke.
Di sini saya berikan beberapa punca kenapa bayi tidak mahu menyusu badan :


  1. Mulut bayi tidak melekap dengan betul pada puting susu ibu
  2. bayi sakit mulut disebabkan pertumbuhan gigi
  3. Bayi mengalami jangkitan telinga yang menyebabkan tekanan dan sakit semasa menghisap susu
  4. rasa susu berubah
  5. takut akan reaksi ibu apabila puting digigit
  6. perpisahan yang lama antara ibu dan anak
  7. Kekerapan menggunakan botol atau puting tiruan
  8. bekalan susu yang kurang
  9. selesema yang menyebabkan hidung bayi tersumbat dan ini menyebabkan bayi sukar bernafas ketika menghisap susu 
  10. bayi dibiarkan menangis terlalu lama
       Sumber : www.babycenter.com dan
bidanbersalin.blogspot.com  


2 comments:

  1. Alhamdulillah, saya pun lebih suka menyusukan bayi sendiri, Cuma berpeluang untuk full bf baby ke2, berbanding yg sulung. BF lagi best berbanding susu formula. Dahlah harga mahal, lepas tu pulak, tak semuanya serasi dengan baby, sampai baby menangis-nangis sebab berak keras.. huuhuu

    Saya lebih suka breastfeeding. :)
    - umminiena.wordpress.com

    ReplyDelete
  2. Salam.. thanks share info bagus mcm ni , baru saya tahu punca bayi tknak menyusu sbb bekalan susu kurang..kesian bayi lapar nnti, kawan ofis saya ada cerita yg baby taknak menyusu dah ,puncanya sbb susu merudum..ada org recommend suruh guna Pump It Milkbooster ..saya tgk cara guna pun senang je ,sapu2 jee..inshaAllah boleh cuba nnti:)

    ReplyDelete