Sunday, 10 November 2013

Home » Makanan pejal pertama Baby Ainnur

Makanan pejal pertama Baby Ainnur

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ini genaplah sudah 
puteriku Ainnur Diyyana 6 bulan.
Dengan itu, secara rasminya Baby Ainnur dah boleh makan. Okey, makanan pejal pertama yang saya pilih untuk Ainnur adalah puri buah epal merah. Saya prefer nak sediakan sendiri makanan tuk Ainnur. Memang itu yang terbaik berbanding beri makanan segera yang ada di pasaran yang mengandungi bahan pengawet. Kalau travel tak pe la kan, tapi kalau boleh dan selagi boleh, saya akan masak sendiri makanan untuk Baby Ainnur. Oya, Cara buat puri epal merah ni nanti saya tulis di entri lain ye.


Inilah puri buah epal merah tu.


Ini pula masa first suapan tuk Ainnur. Muka kelat semacam je. Rasanya kalau Ainnur ni dah pandai cakap, mesti dia tanya apa benda mama bagi ni, hihi


Haa... Kali pertama suap bukan main lagi wat muka kelat, suap kali kedua terus dia excited nak lagi, siap nak ambik pinggan tu dari tangan saya, haha


Yang ni pula ada hati nak makan sendiri, dah lah kecik lagi, baby nak berdikari eh...
oya masa ni Ainnur pegang sudu tu kuat-kuat,dia tak nak lepas, dia nak hisap-hisap sudu tu...


Hari pertama Ainnur makan, saya bagi 1oz saja puri epal merah tu. Memula tu nak bagi sekali sehari saja dulu sebab masa ni baru nak perkenalkan Ainnur makanan pejal tapi pada malamnya tu, rasa kesian pulak terus bagi lagi 1oz. Untuk bayi yang baru mula makan biasanya boleh habis makanan sampai 1oz hingga ke 2oz. Saya bagi sikit saja dulu sebab takut perut baby terkejut pulak nanti kan. Yela, selama ni dok minum susu saja, tetiba dah boleh makan pula.



3 comments:

  1. Buku doa comel bersaiz poket
    * Sesuai dijadikan cenderahati bagi majlis seperti Majlis Hari Lahir, Aqiqah, Cukur Jambul, Akad Nikah, Perkahwinan, Pertunangan, Doa Selamat atau apa jua majlis.
    * Boleh letak gambar sebagai kenang-kenangan.
    * Insyaallah bermanfaat untuk tetamu anda.

    Untuk info lanjut PM https://www.facebook.com/ColorfulSomethings

    Nak tengok design lain sila ke link ni https://www.facebook.com/media/set/?set=a.704166736260705.1073741840.597656516911728&type=1

    Terima kasih

    ReplyDelete