Friday 29 November 2013

GA November 2013 Nurul Yui - Pantun & Menang

Assalamualaikum...

Salam Jumaat penghulu segala hari...
berhari-hari blog tak berupdate bukan apa cuma keadaan yang tidak mengizinkan. Ainnur demam sejak tiga hari lepas sampai hari ini on/off dan saya pula hari ini tiba-tiba sakit tekak yang perih dan demam. Syukurlah suhu tak tinggi, masih boleh bertahan.

Dalam pada itu, saya gagahkan juga nak join giveaway by Nurul Yui, sekadar nak bagi sokongan untuk adik kita ni. Kalah menang lain cerita, tapi kalau dah menang, itulah namanya rezeki.


Okey, giveaway ini memerlukan saya untuk menjadi seorang yang kreatif
dalam mencipta pantun dan inilah hasilnya...

WAJAH PAKWE SERING TERBAYANG,
JANTUNG HATI BERDEGUP GEGAR,
BILA HATI DAH BERKASIH SAYANG,
KENTUT ALA-ALA BOM PUN KOMPOM TAK DENGAR.

Semoga terhibur ye!!!
oh ye, kalau yang reader ni lelaki, pandai-pandai lah tukar perkataan 'pakwe' kat pantun tu jadi 'makwe' ye...

Kalau u all nak join jugak, klik banner kat atas tu ye.

Tuesday 26 November 2013

Ainnur jatuh dari katil

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat tiba d kampung halaman hubby iaitu di Ampang, Selangor pada kelmarin 25 november 2013. In Shaa Allah, kami akan bercuti sebulan di sini. Jadi, ini bermakna mulai dari entri ini, blog ini akan diupdate dari sini. Okey, berbalik pada tajuk di atas, Ainnur jatuh dari katil, ya, my 6 months baby jatuh dari katil malam tadi. Maafkan mama sayang. Mama benar-benar tak sengaja.

Masa baby Ainnur jatuh tu saya baru pas mandi dan nak solat lah kan, masa nak pakai baju tu saya berdiri depan cermin sambil tengok Ainnur melalui cermin, ntah macam mana sepantas kilat Ainnur meniarap pula,jauh lagi dari sisi katil tu tapi masa saya nampak Ainnur meniarap dari cermin tu, terus saya pusing badan nak tahan Ainnur dari jatuh katil tapi tak sempat. Ya Allah, ampuni hambamu ini kerana cuai menjaga amanahMu. Semua berlaku sekelip mata. Saya nampak Ainnur jatuh dengan kepala dahulu dan jatuh dalam keadaan tertiarap tetapi dengan badan yang membongkok sedikit. Saya tak ambil dia terus pertama saya betul-betul shock kedua sebab saya pernah baca info tentang anak jatuh ni, tak boleh terus angkat sebab takut nanti ada kecederaan dekat tengkuk dan sekitar leher. Kena gerakkan dia perlahan-lahan. Tapi biasalah manusia kan akan panik jika berhadapan dengan keadaan macam tu, termasuklah saya. Saya dah tak dengar apa-apa masa tu, baby Ainnur nangis ke tak saya tak pasti masa jatuh tu, yang pastinya masa saya angkat Ainnur, saya dengar dia menangis kuat dan kesakitan. Masa tu terus saya menjerit panggil hubby. Hubby masa tu kat bawah. Hubby datang, terus saya bagi dia pegang Ainnur. Ainnur pun nangis kejap je, lepas tu senyap.

Lepas tu saya susukan Ainnur, masa susukan tu saya cek la kalau ada yang lebam ke atau benjol ke dan dengan izin Allah tak ada lebam atau benjol. Tapi saya still risau sebab takut-takut ada kecederaan dalaman. Saya try ajak Ainnur main-main, Ainnur pun gelak juga macam biasa. Tapi saya tetap risau juga.

Dan hari ini, baby Ainnur demam. Saya risau sangat sebab takut dia demam dari kesan jatuh dari katil tu.

P/s: ketika entri ini ditaip, baby Ainnur sedang tido dan tengah tunggu hubby sampai sebab nak bawa baby pegi hospital.

Sunday 24 November 2013

Ketakutan yang melampau

Assalamualaikum...

Selamat malam...

u all ada tak petua nak hilangkan rasa takut yang melampau ye??? Bukan apa, saya ni memang sejak kecik lagi memang seorang yang sangat-sangat penakut, sampai satu tahap tu saya tak boleh nak kawal perasaan takut tu. Ketakutan yang melampau ni memang menganggu rutin saya.

Okey, lupa nak bagitahu, ketakutan yang saya maksudkan ni takut kepada benda-benda halus contohnya, hantu. Pendek kata saya takut hantu. Tapi bukan selalu ketakutan tu datang tau u all. Ada sebab dia datang. Salah satu bila saya lepas menonton cerita seram. Hmmm dah tau takut tapi saya ni tetap addict kepada cerita seram tau.

Dan sekarang ni perasaan takut hantu tu datang lagi. Boleh histeria saya u all. Hmm tak kuat semangat betul saya ni. Macam mana ye cara supaya kuat semangat??? Entah apa lah nasib saya kat kl nt. Duk umah bertingkat. Ehe takut tau. Ni pasal kes misteri villa nabila lah ni. Huhu

Kalau u all tau kan, sekarang ni mandi pun saya minta along temankan. Pergi toilet pun along jadi peneman setia. Dah hampir seminggu macam ni. Kadang-kadang dua-dua sekali along dan Syakir saya minta teman pegi bilik air. Huhu apa punya mak la saya ni penakut bebenor... Wakakaaka...

Esok dah nak terbang kl. Macam mana lah kat sana nanti. U all tau first time saya datang kl, saya histeria tau... Masa tu belum kawin lagi, hubby baru nak kenalkan saya kat mak dia. Masa tu tahun 2006 hujung tahun. Boleh tengah-tengah malam tu saya tiba-tiba histeria...

Kalau nak cerita, banyak sangat kisah seram yang terjadi pada saya ni. Tapi next entri la ye... Kalau u all ada petua, sudilah share dengan saya macam mana nak hilangkan ketakutan yang melampau ni ye. Saya tak tahan dah..

Anak alahan nestum

Assalamualaikum...

Salam ahad...
Baru-baru ni saya dan family bercuti sehari semalam kat kudat, so saya terpaksalah belikan Ainnur nestum yang kat dalam tin tu sebab tak dapat nak masak kan. First makan tu, timbul bintik-bintik merah kat area mulut Ainnur. Saya ni apalagi, risau yang teramat lah. Saya ingatkan anak dara saya tu alahan nestum.

Lepas tu, kali kedua saya bagi, lepas makan je saya cepat-cepat basuh mulut Ainnur, risau nanti bintik merah tu timbul lagi. Alhamdulillah... Nasib baik bintik merah tu dah tak timbul.

Kalau boleh saya memang nak bagi Ainnur makanan yang saya masak sendiri tapi kalau terpaksa stay kat luar, terpaksalah juga bagi makanan segera ni kan. Tu pun kan saya teragak-agak juga nak bagi, sampai saya meluah perasaan kat hubby. Hehe, nasib hubby pandai tenangkan saya. Dia cakap boleh je makan nestum yang penting cara penyediaan yang betul dan bersih.

Dan sekarang ni, bintik merah tu tak timbul lagi dah. Berak kencing Ainnur pun okey je. Oh ya, Saya kalau ada masalah kan, mesti akan terus tanya kat kawan saya. Kawan saya ni doktor tau, doktor kat klinik ibu anak kat kota marudu ni. Tempat saya berklinik rutin. Kawan saya ni memang sporting giler tau, kadang-kadang saya hantar mesej jam 1 pagi pun ada balasan gak.

Kalau u all ada anak yang kecik macam baby Ainnur ni, mesti u all tau perasaan sorang ibu macamana. Asyik risau saja akan keadaan anak-anak. Syukurlah setakat ni Ainnur makan elok je walaupun makan sikit sangat dan setakat ni Ainnur masih tak ada alahan terhadap apa-apa makanan lagi. Seafood tu tak tahu lagi sebab belum start makan lagi. Umur baby Ainnur setahun baru saya akan perkenalkan.

Friday 22 November 2013

Bisnes Tunetalk Tone Excel

Assalamualaikum...

Salam Jumaat. Dah pernah dengar tentang biz ni tak, bisnes tunetalk tone excel??

Okey, tanpa buang masa lagi scroll ke bawah tuk lebih info.

Untuk hari ini, biarlah gambar berbicara dahulu, jika anda berminat dan ingin tahu lebih lanjut lebih details, boleh terus emel saya di nurlayanie@gmail.com atau pm saya di facebook Nurul Elainie Lantubon Abdullah.












Jangan bertangguh lagi, mulakan semua hari ini.

Sunday 17 November 2013

Bayi tidak mahu menyusu badan

Assalamualaikum...


Apa khabar sahabat blogger semua dan pembaca blog ini?
Diharap u all semua baik-baik sahaja, sihat alhamdulillah hendaknya.
Baru-baru ini, ada seorang kawan yang mengadu kat saya pasal anak dia ni tidak mahu menyusu badan.
Masih bayi lagi baru berusia 2 bulan.
dia cakap dia hampir terbagi anak nya susu formula. Tapi masa dia mesej saya tu dia belum bagi lagi lah. Nasib baik lagilah kan, selepas saya terangkan kat dia terus dia tak jadi bagi.yela, bila bayi tidak mahu menyusu badan, dah tentu-tentu susu formula pun dia tak nak kan, melainkan air susu si ibu tiada. Bukannya saya memandai nak bagi nasihat, saya juga bukannya expert sangat dalam hal ni, cuma apa yang saya tahu itulah yang saya kongsikan.

oya, sebelum tu saya nak bagitau u all saya adalah penyokong tegar penyusuan susu badan sepenuhnya tau. Along dan Syakir dua-dua cuma minum susu badan saja sampai 2 tahun. Pembetulan, syakir pula sampai 3 tahun dan sekarang pun saya curi-curi bagi susu badan lepas Ainnur habis menyusu, bukan pa, sebabnya ayah dia tu da suruh stopkan sebab takut baby tak cukup.

Berbalik pada kisah kawan saya ni,
bila dia minta pendapat saya, sudah pastilah saya tak bersetuju bila dia nak bagi susu formula kan, bukan pa, kesian baby nanti, kan makanan terbaik untuk bayi 6 bulan ke bawah hanyalah susu ibu semata-mata. Tak pe jugak kan kalau si ibu ada masalah penyusuan. U all tau tak ada seorang ibu ni saya jumpa di klinik, dia cakap doktor bagitahu bayi baru lahirnya
alah terhadap susu ibu, kesannya semakin dia susukan bayi dia dengan susu badan, kuning anaknya tak turun-turun malah menaik. Saya tanyalah kat dia samada doktor suruh stop ke tak susu badan, doktor cakap teruskan sahaja susu badan sebab itulah makanan terbaik untuk bayi.
nampak tak betapa susu ibu tiada gantinya.

Okey, untuk ibu-ibu yang ada masalah bayi yang tidak mahu menyusu badan,
Sebaiknya cari dulu punca kenapa bayi tak mahu menyusu, seelok-eloknya tanya orang yang lebih tahu samaada doktor ke nurse ke.
Di sini saya berikan beberapa punca kenapa bayi tidak mahu menyusu badan :


  1. Mulut bayi tidak melekap dengan betul pada puting susu ibu
  2. bayi sakit mulut disebabkan pertumbuhan gigi
  3. Bayi mengalami jangkitan telinga yang menyebabkan tekanan dan sakit semasa menghisap susu
  4. rasa susu berubah
  5. takut akan reaksi ibu apabila puting digigit
  6. perpisahan yang lama antara ibu dan anak
  7. Kekerapan menggunakan botol atau puting tiruan
  8. bekalan susu yang kurang
  9. selesema yang menyebabkan hidung bayi tersumbat dan ini menyebabkan bayi sukar bernafas ketika menghisap susu 
  10. bayi dibiarkan menangis terlalu lama
       Sumber : www.babycenter.com dan
bidanbersalin.blogspot.com  


Sunday 10 November 2013

1k Giveaway By Cik Arnab

Assalamualaikum...



Wow... Wow... Wow...
Setakat ni, inilah giveaway
yang paling banyak hadiah yang saya join. So, rasanya saya ada peluang memenangi salah satu di antara banyak- banyak hadiah tu...*berangan*
hehe.

Okey kalau u all nak join jugak, klik je banner kat atas tu ye, tq.

Makanan pejal pertama Baby Ainnur

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ini genaplah sudah 
puteriku Ainnur Diyyana 6 bulan.
Dengan itu, secara rasminya Baby Ainnur dah boleh makan. Okey, makanan pejal pertama yang saya pilih untuk Ainnur adalah puri buah epal merah. Saya prefer nak sediakan sendiri makanan tuk Ainnur. Memang itu yang terbaik berbanding beri makanan segera yang ada di pasaran yang mengandungi bahan pengawet. Kalau travel tak pe la kan, tapi kalau boleh dan selagi boleh, saya akan masak sendiri makanan untuk Baby Ainnur. Oya, Cara buat puri epal merah ni nanti saya tulis di entri lain ye.


Inilah puri buah epal merah tu.


Ini pula masa first suapan tuk Ainnur. Muka kelat semacam je. Rasanya kalau Ainnur ni dah pandai cakap, mesti dia tanya apa benda mama bagi ni, hihi


Haa... Kali pertama suap bukan main lagi wat muka kelat, suap kali kedua terus dia excited nak lagi, siap nak ambik pinggan tu dari tangan saya, haha


Yang ni pula ada hati nak makan sendiri, dah lah kecik lagi, baby nak berdikari eh...
oya masa ni Ainnur pegang sudu tu kuat-kuat,dia tak nak lepas, dia nak hisap-hisap sudu tu...


Hari pertama Ainnur makan, saya bagi 1oz saja puri epal merah tu. Memula tu nak bagi sekali sehari saja dulu sebab masa ni baru nak perkenalkan Ainnur makanan pejal tapi pada malamnya tu, rasa kesian pulak terus bagi lagi 1oz. Untuk bayi yang baru mula makan biasanya boleh habis makanan sampai 1oz hingga ke 2oz. Saya bagi sikit saja dulu sebab takut perut baby terkejut pulak nanti kan. Yela, selama ni dok minum susu saja, tetiba dah boleh makan pula.



Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com

Assalamualaikum...

Entri ini khusus untuk Segmen Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com.

Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com

Pastinya ramai yang sedia maklum satu laman web iaitu AshleyMadison.com yang menjurus kepada aktiviti penzinaan bakal dilancarkan pada 17 november 2013.

Bagi saya, laman yang menggalakkan budaya hidup berzina tidak sepatutnya berada di rantau ini kerana ia akan merosakkan nilai-nilai murni yang mempercayai sebuah ikatan perkahwinan yang sah dan hubungan kekeluargaan itu sangat penting.

Kita tahu tiada satupun kebaikan yang kita perolehi dengan mengamalkan atau membiarkan amalan zina berleluasa. Malah ia boleh mendatangkan keburukan dan kemusnahan yang amat teruk kerana ia menyumbang kepada keruntuhan akhlak dan keruntuhan institusi kekeluargaan. Ini belum kesan terhadap kesihatan, di mana amalan zina yang seterusnya menyumbang kepada gejala seks rambang akan menyebabkan penyakit seperti Aids dan bermacam jenis jangkitan lagi akan terus meningkat.

Dengan ini, sebagai seorang blogger yang prihatin, saya membantah sekeras-kerasnya pelancaran laman web AshleyMadison.com ini. Meskipun saya tahu saya tidak mampu menghalang kerakusan mereka yang bertanggungjawab untuk mempromosikan budaya yang tidak sihat ini, tapi saya percaya pihak berwajib khususnya SKMM (Suruhanjaya Komunikasinya dan Multimedia Malaysia) mampu menyekat laman web itu daripada diakses secara online di Malaysia.

Kepada sesiapa lagi blogger yang mahu turut serta dalam Segmen Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com ini, bolehlah klik banner di atas.

Saturday 9 November 2013

SEGMEN #Listing Your URL Blog

Assalamualaikum...

Nasib baik sempat join segmen ni, hihi
okey, kalau u all nak join jugak klik banner ye... Tq
Oya kena cepat2 join tau sebelum segmen tamat...


Klik banner utk join ye!!!

Wednesday 6 November 2013

Tudung bawal yang cantik

Assalamualaikum...

Rasanya tak terlambat lagi saya nak ucapkan
Salam Maal Hijrah untuk semua dan juga selamat menduduki peperiksaan SPM
buat semua calon SPM tahun ini.

Okey kembali pada topik asal entri ni, baru-baru ni saya 'ter'beli sehelai tudung bawal yang sangat cantik, ada hiasan manik dan ada dua tone warna, pink hitam. Lihat gambar.




Mesti cantik sekejap pakai tudung tu kan, hihi
ni pasal terbaca entri kak ina lah ni pasal tudung awning tu 
buatkan wajah kita nampak lebih tua atau dalam bahasa sopan sikit 
tudung awning tu menampakkan wajah kita lebih matang.
actually terpulang lah nak pakai tudung apa kan janji menutup aurat.
Tapi untuk saya sendiri,
saya rasa lebih cantik pakai tudung bawal ni.
Tudung awning tu pakai jugaklah kalau nak cepat ke,
ye la hubby tu kadang-kadang reti jugak nak berleter kalau saya lambat bersiap bila nak keluar.











Ehe... U all pun cubalah, mesti cantik...

Oya... Kalau u all nak tengok gambar saya dalam versi pakai tudung berawning, klik SINI ye...


Monday 4 November 2013

Saya dah ada button follower

Assalamualaikum...

hee kelakar juga tajuk... Kalau tuk blogger yang dah mahir dan otai berblogging tu mesti gelak kan... Ehe,by the way, saya baru je ada button follower ni. Tu pun adik saya yang edit. Huhu actually saya tak tahu pun adik saya ni pun blogger jugak.
Tempoh hari balik kampung baru tahu. Rupanya dia lebih dulu ada blog daripada saya. Hee nampak sangat saya ni tak bape update hal-hal berkaitan alam maya ni kan.
okey kalau u all nak berkenalan dengan adik saya boleh follow dia kat sini ye.
Actually adik saya ni baru 18tahun, tahun depan 19 tahun. Still blaja lagi di form 6. Tahun depan ambik Stpm.

Oya, kalau u all sudi mai la follow blog saya ye... N i will follow u all back n blogwalking ke belog2 u all...

Saturday 2 November 2013

November Giveaway By Cik Yaya

Assalamualaikum...

Dan, sekali lagi... Join Giveaway


Nak Join? Meh Klik Banner.

Friday 1 November 2013

Menang Segmen Pencarian Bloglist November By Kinah

Assalamualaikum...

Salam Jumaat u all... Saja nak kongsikan berita gembira ni. Actually baru2 ni saya ada join segmen pencarian bloglist yang dianjurkan oleh Kinah.
Dan... Keputusannya, saya MENANG!!!
hee by the way, thanks Kinah.
Jadi, start esok till last november 2013, blog saya ni akan tersenarai dalam bloglist Kinah bersama-sama 19 orang lagi pemenang yang lain.
oya...,pemilihan pemenang ni ditentukan oleh random.org.
so, big thanks to mr random.org
jugak...

Cerita Di sebalik Lempeng

Assalamualaikum...


Haaa sapa suka makan lempeng sini???
hee nak cerita kisah lucu di sebalik lempeng ni.ehe...
dulu-dulu masa memula kawin dengan hubby ni saya tak tahu pun benda lempeng ni apa. Tak pernah makan pun. Kalau kat sabah, lempeng tu kami wat daripada sagu. Tapi tak yah bubuh minyak. Lempeng ni pulak bubuh minyak masak sikit.
Yang lucunya, first saya dengar nama lempeng ni masa biras saya yang cakap iaitu merangkap suami kepada satu-satunya akak ipar saya a.k.a kakak hubby. Biras saya tu cakap kat akak ipar saya dia terasa nak makan lempeng dan usha la kat akak ipar suh masak kan. Dalam fikiran saya masa tu, eh mende lak dia ni nak lempeng pula. Dah lah susah nak buat tu. U all tau mati2 dalam fikiran saya ni lempeng tu macam lemang juga, kan lemang tu nak masak bukan main susah lagi, leceh amat nak bakar2 lagi. Tu sebab ingat susah sangat nak wat, nama pun lebih kurang kan. Saya terus gelak lah ye la nak geng kan akak ipar kan dia tak nak masak.
Last2 kan u all akak ipar masak lah juga bila sampai kat umah, yang biras saya cakap tu masa kat umah my mil.
Saya pun tengoklah akak ipar nak masak macamana kan yela, mana pula tempat nak bakar segala ni, itu yang saya dok fikir.
Sekali rupanya, tak de lah susah sangat pun, bancuh2 tepung je, panaskan minyak sikit dalam kuali, dah siap. Sedap dimakan cecah kuah masak lemak or kuah kari daging. Ngeee lucu tak???