Wednesday 12 February 2014

Home » Selamat Hari Lahir Along...

Selamat Hari Lahir Along...

Assalamualaikum...

Hari ini genap sudah anak sulung saya yang ke 6 tahun. Selamat hari lahir sayang... mama sayang along.
Mama doakan anak mama diberikan kesihatan yang baik, umur yg panjang dan dimurahkan rezeki. Harapan mama semoga along akan menjadi anak yang pintar, sihat tubuh badan dan akal fikiran dan menjadi anak yang soleh. Mama akan slalu doakan kebahagiaan along semoga mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat. Ingat pesan mama ya sayang... jaga adik2 dan sayangi adik2 along. Along kan anak sulung mama dan mama minta maaf jika selama ini mama telah berkasar dengan along dan tanpa sedar telah memukul along. Maafkan mama ya sayang... bila along besar nanti pasti anak mama akan faham bahawa semua itu hanya utk mendidik along...

Sekali lagi, selamat hari lahir along...

P/s ; ada yang nak bg hadiah untuk along ke.? Boleh je... along suka... hehe.


No comments:

Post a Comment