Saturday 6 September 2014

Cara buat sambal belacan yang super sedap

Assalamualaikum...

Beginilah rupa sambal belacan super sedap saya...

Ada sesapa cari resepi belacan? Maksud saya sambal belacan... tp ok jap.. iklan dulu.. kikiki

Hmmm lama tak bersiaran... bukan apa cuma diri ini terlalu banyak komitmen... as a mom, wife, babysitter and kadang2 tu amik order wat cupcake... penat tau... Tu sebab blog ini jarang jenguk... dah lah busy memanjang... kadang2 idea nak update blog pun ke lautan hindi...oopss... hihi

Okeylah... tanpa membuang masa u all dan saya... saya terus saja ke resepi sambal belacan yang bagi saya super duper sedap dan mudah.. jom intai resepi..

Bahan2:

. Belacan 1inci
. 1 labu bawang besar
. Tomato 1biji
. Cili padi segenggam ( saya dah kira. 150biji semuanya. Oops bergantung pada saiz  tapak tangan ye..)
. Gula merah or gula pasir
. Garam secukupnya
. Air
. Cuka makan

Cara2nya:

. Buang tangkai cilipadi.. tangkai takmo ye...
. Tomato basuh dulu pastu belah 8
. Bawang besar dihiris

. Pastu amik kuali.. panaskan sedikit minyak kira2 1sudu makan sahaja.. masuk bawang besar, tomato dan belacan.. tumis sampai wangi semerbak di seluruh rumah.. pas tu padam api..

. Pastu masukkan bahan yang ditumis ke dalam blender. Masukkan sekali cilipadi, air, cuka makan, gula dan garam. Blender sampai halus yang dikehendaki.. ada orang takmo halus sangat..

P/s sedikit tips.. kalau mahu sambal belacan tahan lama, cara2 pembuatan mestilah bersih dan selesai sambal dikisar, masak sebentar memadai sehingga mendidih... ada paham? Kalau tak paham tanya hokay..

. Sedikit amaran... resepi ini agak pedas so sesiapa yang tidak tahan pedas mohon sukatan cilipadi dikurangkan.. take note okay..

Okey dah siap!!! Selamat mencuba...


Wednesday 18 June 2014

Wordless wednesday #jangan pernah tinggal solat

Assalamualaikum...

Sumber screenshot from fb

Tuesday 17 June 2014

Pada usia berapa u all hantar anak ke taska or tadika?

Assalamualaikum....

Selamat malam... baru dapat jenguk blog... seharian sibuk..

Sebenarnya saya sedang berfikir mengenangkan minggu depan syakir bakal ke taska... nak hantar kat PASTI.
U all biasa hantar anak ke taska or tadika pada usia berapa ye?
Actually along dulu hantar Pasti masa umur 5 tahun. Syakir ni plak 4 tahun.. hmmm berbelah bahagi betul perasaan saya tau.. saya macam belum bersedia nak 'melepaskan' syakir lagi... rasa macam kecil lagi... kalau along dulu ok sikit sebab dia dah berusia 5 tahun masa tu n along jenis yang independet. Berbanding dengan syakir ni haa.. dah la syakir paling rapat dengan saya... along pula rapat dengan ayah dia.. syakir sampai sekarang saya curi2 bagi menyusu badan...kikikiii..

Memula plan dengan hubby nak hantar syakir ke sekolah pasti tahun depan masa tu syakir 5 tahun tapi risau pula dia tak reti nak bergaul dengan bebudak kat sana.. so hubby nak hantar awal supaya dia leh biasakan diri kat pasti sebab syakir ni peel lain sikit.. mesti ada along dia baru leh bergaul dengan orang.. kalau tak mesti dia dok diam je tak nak bercakap..

Perbualan saya dan syakir tadi;
Sambil peluk2..

Mama: tak ya lah syakir pegi sekolah ye.. mama tiada kawan nanti.. nanti mama nangis.. (sambil2 konon2 menangis)
Syakir: hmmm nak la mama..kan ada kawan mama tu baby.. ( baby merujuk pada ainnur)

Bercakap dengan pelatnya...

Sedih juga bila syakir pun dah sekolah nanti.. rinduuu...

Apa pun harap keputusan kami nak hantar syakir ke taska ni keputusan yang betul. Bukan apa.. pada usia yang baru 4 tahun macam tak puas lagi bermanja dengan dia.. aduh...sayu pula rasa hati...

Mama sayang syakir.... ingat ye sayang...