Tuesday 17 June 2014

Pada usia berapa u all hantar anak ke taska or tadika?

Assalamualaikum....

Selamat malam... baru dapat jenguk blog... seharian sibuk..

Sebenarnya saya sedang berfikir mengenangkan minggu depan syakir bakal ke taska... nak hantar kat PASTI.
U all biasa hantar anak ke taska or tadika pada usia berapa ye?
Actually along dulu hantar Pasti masa umur 5 tahun. Syakir ni plak 4 tahun.. hmmm berbelah bahagi betul perasaan saya tau.. saya macam belum bersedia nak 'melepaskan' syakir lagi... rasa macam kecil lagi... kalau along dulu ok sikit sebab dia dah berusia 5 tahun masa tu n along jenis yang independet. Berbanding dengan syakir ni haa.. dah la syakir paling rapat dengan saya... along pula rapat dengan ayah dia.. syakir sampai sekarang saya curi2 bagi menyusu badan...kikikiii..

Memula plan dengan hubby nak hantar syakir ke sekolah pasti tahun depan masa tu syakir 5 tahun tapi risau pula dia tak reti nak bergaul dengan bebudak kat sana.. so hubby nak hantar awal supaya dia leh biasakan diri kat pasti sebab syakir ni peel lain sikit.. mesti ada along dia baru leh bergaul dengan orang.. kalau tak mesti dia dok diam je tak nak bercakap..

Perbualan saya dan syakir tadi;
Sambil peluk2..

Mama: tak ya lah syakir pegi sekolah ye.. mama tiada kawan nanti.. nanti mama nangis.. (sambil2 konon2 menangis)
Syakir: hmmm nak la mama..kan ada kawan mama tu baby.. ( baby merujuk pada ainnur)

Bercakap dengan pelatnya...

Sedih juga bila syakir pun dah sekolah nanti.. rinduuu...

Apa pun harap keputusan kami nak hantar syakir ke taska ni keputusan yang betul. Bukan apa.. pada usia yang baru 4 tahun macam tak puas lagi bermanja dengan dia.. aduh...sayu pula rasa hati...

Mama sayang syakir.... ingat ye sayang...

Saturday 22 March 2014

Perkembangan anakku Ainnur #10bulan

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama blog ku menyepikan diri... akhirnya hari ini berupdate juga... ada yang rindu saya tak... atau ada yang ternanti2 entry terbaru saya... hehe.. yang sebenarnya saya sibuk kebelakangan ini. Sibuk dengan baby, sibuk dengan bayi asuhan saya dan sibuk dengan bisnes kek kecil-kecilan saya. Pasal 'kesibukan' ni nanti saya cite di entri lain ye.



Ok dah lama tak update pasal perkembangan baby Ainnur kan... hihi
Actually, Ainnur dah semakin advance sekarang... sangat lasak my baby girl tu... sekarang Ainnur dah 10bulan. Dah pandai memanjat... sume bende dia nak panjat... bukan takat tangga je u all... apa2 saja yang boleh dipanjat...



Sekarang Ainnur dah pandai melangkah bila pegang kusyen... dia step by step melangkah... untuk pengetahuan new momies, umur Ainnur sekarang ni lah yang kena hati2 tau... kena extra care. Kena berkepit dengan dia all day long selagi dia tak tido sebab baby seusia Ainnur ni memang dalam tempoh dia belajar.. semua benda di sekeliling habis diteroka... hmm kena banyak sabar u all... sebab bayi yang membesar memang dah macam pengkaji lah u all... hehe. Sume benda dia nak kaji. Nampak kertas dia nak masuk mulut. Sume benda nak masuk mulut.. baby nak kaji ape tu.? Hihi

Lagi satu Ainnur suka sangat lagu cupcake di astro ceria tu. Pantang ada lagu tu mesti dia nak goyang2 badan and tangan pun goyang2. Comel je saya tengok...

By the way, actually saya tak sabar tengok baby Ainnur ni pandai berjalan... apapun harapan saya agar Ainnur membesar dengan sihat.




Friday 21 March 2014

Resepi Mee Kari Sedap dan Mudah

Assalamualaikum...

Last week saya ada wat mee kari. Actually mee kari tu saya wat masa sambut birthday syakir dan zuhri. Tapi birthday simple je u all. Tak jemput orang datang rumah pun.. saya just bagi kat jiran2 saya mee kari ni. Actually kalau bukan sambut apa2 pun saya memang suka bagi makanan kat jiran sebelah umah saya. Ala jiran kiri dan kanan umah saya je u all. Bukan semua. Pas tu, jiran saya komen sedap sangat tau... terus mintak resepi... hehe.

Jomlah semak resepi mee kari ni... sedap dan mudah sangat nak masak... just potong2 masuk periuk. Hihi.. oya saya belajar wat mee kari ni dari akak ipar saya tau...


Mee kari hasil deko mr hubby


Resepi Mee Kari style saya

Bahan2

  • Sebungkus mee kuning yang dicelur
  • 1 biji Bawang besar dihiris
  • 3 biji bawang putih dihiris
  • Sedikit halia dihiris nipis
  • Kerang/udang*
  • Isi ayam potong dadu
  • Kentang 2 biji dipotong dadu*
  • Fishball*
  • Fishcake*
  • Tauhu span*
  • Serbuk kari 
  • Santan
  • Asam jawa
  • Air secukupnya
  • Perasa garam gula aji
Hiasan

  • Telur rebus
  • Limau kasturi
  • Bawang goreng
  • Daunsup
  • Cili merah dan cili hijau dihiris nipis
Cara Memasak

  • Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sampai wangi.
  • Masuk kan serbuk kari yang dah dijadikan pes. Masak sampai terbit minyak.
  • Masuk kan isi ayam. Gaul mesra sekejap.
  • Masuk kan air, asam jawa dan santan. Bila dah mendidih, masukkan pula  bahan yang bertanda * .
  • Bila kentang dah empuk, perasakan dengan garam, gula dan aji.
  • Siap. Dah boleh mam dah...
Selamat Mencuba !!!