Friday 29 November 2013

GA November 2013 Nurul Yui - Pantun & Menang

Assalamualaikum...

Salam Jumaat penghulu segala hari...
berhari-hari blog tak berupdate bukan apa cuma keadaan yang tidak mengizinkan. Ainnur demam sejak tiga hari lepas sampai hari ini on/off dan saya pula hari ini tiba-tiba sakit tekak yang perih dan demam. Syukurlah suhu tak tinggi, masih boleh bertahan.

Dalam pada itu, saya gagahkan juga nak join giveaway by Nurul Yui, sekadar nak bagi sokongan untuk adik kita ni. Kalah menang lain cerita, tapi kalau dah menang, itulah namanya rezeki.


Okey, giveaway ini memerlukan saya untuk menjadi seorang yang kreatif
dalam mencipta pantun dan inilah hasilnya...

WAJAH PAKWE SERING TERBAYANG,
JANTUNG HATI BERDEGUP GEGAR,
BILA HATI DAH BERKASIH SAYANG,
KENTUT ALA-ALA BOM PUN KOMPOM TAK DENGAR.

Semoga terhibur ye!!!
oh ye, kalau yang reader ni lelaki, pandai-pandai lah tukar perkataan 'pakwe' kat pantun tu jadi 'makwe' ye...

Kalau u all nak join jugak, klik banner kat atas tu ye.

Tuesday 26 November 2013

Ainnur jatuh dari katil

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat tiba d kampung halaman hubby iaitu di Ampang, Selangor pada kelmarin 25 november 2013. In Shaa Allah, kami akan bercuti sebulan di sini. Jadi, ini bermakna mulai dari entri ini, blog ini akan diupdate dari sini. Okey, berbalik pada tajuk di atas, Ainnur jatuh dari katil, ya, my 6 months baby jatuh dari katil malam tadi. Maafkan mama sayang. Mama benar-benar tak sengaja.

Masa baby Ainnur jatuh tu saya baru pas mandi dan nak solat lah kan, masa nak pakai baju tu saya berdiri depan cermin sambil tengok Ainnur melalui cermin, ntah macam mana sepantas kilat Ainnur meniarap pula,jauh lagi dari sisi katil tu tapi masa saya nampak Ainnur meniarap dari cermin tu, terus saya pusing badan nak tahan Ainnur dari jatuh katil tapi tak sempat. Ya Allah, ampuni hambamu ini kerana cuai menjaga amanahMu. Semua berlaku sekelip mata. Saya nampak Ainnur jatuh dengan kepala dahulu dan jatuh dalam keadaan tertiarap tetapi dengan badan yang membongkok sedikit. Saya tak ambil dia terus pertama saya betul-betul shock kedua sebab saya pernah baca info tentang anak jatuh ni, tak boleh terus angkat sebab takut nanti ada kecederaan dekat tengkuk dan sekitar leher. Kena gerakkan dia perlahan-lahan. Tapi biasalah manusia kan akan panik jika berhadapan dengan keadaan macam tu, termasuklah saya. Saya dah tak dengar apa-apa masa tu, baby Ainnur nangis ke tak saya tak pasti masa jatuh tu, yang pastinya masa saya angkat Ainnur, saya dengar dia menangis kuat dan kesakitan. Masa tu terus saya menjerit panggil hubby. Hubby masa tu kat bawah. Hubby datang, terus saya bagi dia pegang Ainnur. Ainnur pun nangis kejap je, lepas tu senyap.

Lepas tu saya susukan Ainnur, masa susukan tu saya cek la kalau ada yang lebam ke atau benjol ke dan dengan izin Allah tak ada lebam atau benjol. Tapi saya still risau sebab takut-takut ada kecederaan dalaman. Saya try ajak Ainnur main-main, Ainnur pun gelak juga macam biasa. Tapi saya tetap risau juga.

Dan hari ini, baby Ainnur demam. Saya risau sangat sebab takut dia demam dari kesan jatuh dari katil tu.

P/s: ketika entri ini ditaip, baby Ainnur sedang tido dan tengah tunggu hubby sampai sebab nak bawa baby pegi hospital.

Sunday 24 November 2013

Ketakutan yang melampau

Assalamualaikum...

Selamat malam...

u all ada tak petua nak hilangkan rasa takut yang melampau ye??? Bukan apa, saya ni memang sejak kecik lagi memang seorang yang sangat-sangat penakut, sampai satu tahap tu saya tak boleh nak kawal perasaan takut tu. Ketakutan yang melampau ni memang menganggu rutin saya.

Okey, lupa nak bagitahu, ketakutan yang saya maksudkan ni takut kepada benda-benda halus contohnya, hantu. Pendek kata saya takut hantu. Tapi bukan selalu ketakutan tu datang tau u all. Ada sebab dia datang. Salah satu bila saya lepas menonton cerita seram. Hmmm dah tau takut tapi saya ni tetap addict kepada cerita seram tau.

Dan sekarang ni perasaan takut hantu tu datang lagi. Boleh histeria saya u all. Hmm tak kuat semangat betul saya ni. Macam mana ye cara supaya kuat semangat??? Entah apa lah nasib saya kat kl nt. Duk umah bertingkat. Ehe takut tau. Ni pasal kes misteri villa nabila lah ni. Huhu

Kalau u all tau kan, sekarang ni mandi pun saya minta along temankan. Pergi toilet pun along jadi peneman setia. Dah hampir seminggu macam ni. Kadang-kadang dua-dua sekali along dan Syakir saya minta teman pegi bilik air. Huhu apa punya mak la saya ni penakut bebenor... Wakakaaka...

Esok dah nak terbang kl. Macam mana lah kat sana nanti. U all tau first time saya datang kl, saya histeria tau... Masa tu belum kawin lagi, hubby baru nak kenalkan saya kat mak dia. Masa tu tahun 2006 hujung tahun. Boleh tengah-tengah malam tu saya tiba-tiba histeria...

Kalau nak cerita, banyak sangat kisah seram yang terjadi pada saya ni. Tapi next entri la ye... Kalau u all ada petua, sudilah share dengan saya macam mana nak hilangkan ketakutan yang melampau ni ye. Saya tak tahan dah..